Isnin, 2 September 2013

MAMPUKAH KITA MELEPASINYA....???


APA ITU TITIAN SIRATUL MUSTAQIM?

Titian yang menghubungkan PADANG MAHSYAR dengan SYURGA.

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan Sirat yang berada diatas neraka, iaitu jambatan yang terletak ditengah-tengah neraka jahanam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. Jembatan ini mempunyai 7 gardu, yang setiap gardu jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun, seribu tahun berupa tanjakan yang tinggi, seribu tahun berupa dataran, dan seribu tahun berupa lereng yang curam. Ia lebih halus dan lembut dari pada rambut, lebih tajam dari pada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap gardu mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang ujungnya tajam. Duduklah setiap hamba diatas setiap gardu tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah S.W.T."

Tititan Siratul Mustaqim adalah jambatan / titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri. Setelah melepasi masa di Padang Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan sirat bagi mereka di atas neraka jahanam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai berdasarkan kadar keimanan mereka.

Orang yang pertama kali melintasi titian Sirat itu adalah Rasulullah S.A.W kemudian Rasulullah S.A.W berdiri di tepi Sirat sambil berdoa, : “Rabbi, selamatkan, selamatkan!”

Jika ada umat-Nya yang pernah menyekutukan Allah dengan kesyirikan besar dan belum bertaubat sebelum kematiannya, akan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka.

Manusia yang pertama kali menginjakkan kakinya di Sirat adalah Rasulullah S.A.W. Baginda akan memimpin kumpulan-kumpulan umat-umatnya. Kumpulannya terbagi menjadi 10 bahagian :

1. Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
2. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.
3. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
4. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.
5. Kumpulan yang kelima berlari.
6. Kumpulan keenam berjalan.
7. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Rasulullah S.A.W berhenti di atas Shirat. Setiap kali Rasulullah S.A.W melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Shirat, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
8. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru : "Wahai Muhammad!" Muhammad kemudian berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"!
9. Kumpulan kesembilan dan kesepuluh tertinggal di atas Shirat, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

- Sha Ramson Abdullah -
SUMBER

GAMBAR HANYALAH ILUSTRASI YG TIDAK DIBENARKAN OLEH SYARAK....SEKADAR HIASAN...!!! HARAP MAKLUM...

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code