Khamis, 29 Ogos 2013
EKSEKUTIF AIRASIA X MAUT DENGAN PENUH TRAGIS.....
Kemalangan eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar (gambar) semakin bertambah tragis. Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.
Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.
"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.
Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiatan mendapati sebaliknya.
Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.
Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.
Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.
Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang pemimpin yang baik.
"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.
Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang.
"Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.
Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan