Selasa, 27 Ogos 2013

BUKTI TAK CUKUP...PEMBUNUH ALTANTUYA DIBEBASKAN...


PUTRAJAYA - Keterangan mengikut keadaan adalah tidak mencukupi dan tidak cukup kukuh untuk mengekalkan sabitan kesalahan dua bekas anggota polis Unit Tindakan Khas membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, menurut penghakiman Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dalam penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan semalam berkata, mahkamah dikekang untuk memberikan manfaat keraguan kepada Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar kerana kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan.

"Kami sedar akan jenayah kejam yang telah dilakukan tetapi kesalahan perayu (Azilah dan Sirul Azhar) telah tidak dibuktikan secara memuaskan, (maka) kami dikekang untuk memberikan manfaat keraguan kepada perayu," katanya.

Beliau berkata, mahkamah sebelum ini telah mengabaikan dan terlepas pandang fakta-fakta penting dan bukti yang memihak kepada perayu menyebabkan kegagalan pelaksanaan keadilan yang serius dan ketara terhadap perayu sambil menambah bahawa kesan kumulatif terhadap beberapa bukan arahan menjadikan pensabitan terhadap perayu tidak selamat.

Artikel Penuh

SEBALIKNYA

“Suami saya lihat Altantuya dibawa pergi mereka berdua” – Isteri PI Bala

isteri pi bala

KUALA LUMPUR 26 Ogos: Isteri mendiang PI Balasubramaniam, A Santamil Selvi berkata, suaminya menceritakan sendiri kepadanya bagaimana model Mongolia Altantuya Sharibuu ‘dibawa’ oleh Sirul Azhar dan Azilah Hadri.

“Saya tahu Altantuya dibunuh. Mendiang suami saya menceritakan sendiri kepada saya.

“Dia melihat Altantuya dibawa pergi oleh mereka berdua, sebelum mayat Altantuya dijumpai telah diletupkan,” katanya.

Azilah Hadri, bekas Cif Inspektor Unit Tindakan Khas (UTK) dan Koperal Sirul Azhar dibebaskan daripada tuduhan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu 23 Ogos lalu oleh Mahkamah Rayuan.

“Dimanakah keadilan untuk mangsa? Mereka yang melakukan jenayah itu dibebaskan hanya kerana masalah teknikal dalam perbicaraan.

“Ini menyedihkan saya,” katanya.

Balasubramaniam, satu-satunya individu yang membuat akuan bersumpah (SD) menceritakan peristiwa berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shariibu kembali Malaysia 22 Februari tahu ini.

Sebaik saja pulang, Bala berjanji akan membuat roadshow di seluruh negara bagi menceritakan apa yang berlaku.

Beliau hanya sempat berbuat demikian di Dewan Himpunan China Selangor dan di Bachok, Kelantan sahaja kerana mengadu tidak sihat.

PI BalaNamun, beliau meninggal dunia 15 Mac lalu di Klinik Rawang selepas mengalami sesak nafas.

Dalam pada itu, Selvi turut melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan keputusan membebaskan dua bekas pengawal pengirng Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya berharap perbicaraan semula dilakukan. Panggil semua yang terlibat, bicarakan betul-betul,” tegas Selvi.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code