Sabtu, 22 Jun 2013

HUSAM MUSA DITAHAN, IBRAHIM ALI DAN ZULKIFLI NORDIN KETAWA BERGULING-GULING...


Penahanan Datuk Husam sememangnya sudah dijangka, namun apa yang sangat mengharukan ialah bila ianya turut diraikan oleh barisan penghasut yang berada di bawah telunjuk UMNO. Apa yang dilakukan atau diucapkan Husam tidak lebih dari apa yang diucapkan oleh penghasut UMNO yang lain.

Akibat berbeza pegangan politik, apatah lagi dianggap sebagai musuh kepada kerajaan, maka sudah tentu perbuatan Husam sama sekali tidak popular dan menyalahi undang-undang UMNO seluruhnya. Sebaliknya jika negara diceroboh bahkan berlaku huru-hara hingga melibatkan kematian anggota keselamatan sekalipun perbuatan itu masih direlakan dan menyatakan bahawa ini semua adalah takdir. Paling teruk terus-menerus menyalahkan pembangkang. Hingga hari ini nama 3 orang yang bertanggungjawab terhadap tragedi Lahad Datu yang dikenal pasti sebagai geng pembangkang nasih tidak dihabahkan kepada umum. Apakah masih tercari-cari formula atau strategi mana yang mempunyai ruang untuk membabitkan mereka masih tidak ditemui. Tapi teori untuk menuduh mereka dah ada. Buktinya saja belum ada.

Sebaliknya bila ada orang yang cuba kaitkan ketua mereka dengan kes pembunuhan Altantuya, maka hebohlah dikatakan orang itu tidak berakal, bahkan menghasut serta boleh didakwa di mahkamah. Asasnya tuduhan itu memang ada, tapi golongan ini akan sedaya upaya cuba melindungi ketua mereka dengan berbagai alasan. Kambing yang disembelih bakal dibebaskan dengan restu ketua mereka. Menteri Besar yang jahat kerana makan rasuah sering mendapat liputan, akhirnya juga bakal dibebaskan dengan segera. Alasannya 'jasa' dan pengorbanan seorang MB sangat kuat dan patut disanjung tinggi. Inilah kaedah pemimpin mereka.

Hari ini setelah Husam ditangkap, orang yang paling gembira ialah geng Perkasa, mereka merasakan sudah sampai masanya Husam dipenjarakan atas dakwaan menghasut. Mana lagi ada NGO yang pertahankan Melayu selain Perkasa. Melopong sakanlah mereka bila dengar berita ini.

klik 1

klik 2

klik 3



PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code