Sabtu, 18 Mei 2013

ZAHID HAMIDI KATA SIAPA YANG TAK SOKONG GST BOLEH PINDAH KE LUAR NEGARA....KAH KAH KAH...


SINONIMNYA siapa yang tidak suka dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang maka bolehlah pindah dan jangan jadi rakyat Malaysia lagi. Macam mana nak pindah jika PTPTN tak bayar? Paspot pun tak boleh nak buat? Jika negara Jepun atau negara Singapura sanggup terima rakyat negara ini dan dijadikan warganegara mereka, sudah tentu ramai yang nak berpindah untuk tinggal di sana.

Malangnya negara terrsebut amat payah untuk menerima waganegara asing, bukan seperti di Malaysia. Rakyat asing dapat warganegara dan taraf bumiputera dengan begitu mudah sekali. Dapat mengundi pula tu. Jika tidak benar dakwaan ini maka tiadalah siasatan RCI yang dibuat. Bahkan Mahathir sendiri mengakui hakikat tersebut.

Kini Zahid Hamidi telah beri kata dua kepada rakyat negara ini yang kebanyakannya menentang BN....

Terima kasih kepada rakyat yang pilih UMNO, kerana kamu maka sebahagian besar rakyat negara ini tertekan dan tertindas dengan kenaikan harga barang. Siapakah yang lebih bertanggungjawab dalam soal ini melainkan penyokong UMNO sahaja. Perkara yang sepatutnya tidak berlaku, maka berlaku. Akhirnya mangsanya adalah rakyat yang ramai menolak UMNO berbanding rakyat yang sedikit pilih UMNO. Alasan kerana kerusi parlimen UMNO lebih banyak walau rakyatnya sedikit.

GST mula dikenakan oleh rakyat yang sedikit ke atas rakyat yang ramai demi meraih keuntungan. Rakyat yang ramai tertipu kepada rakyat yang sedikit.

Kini GST dikenakan setelah ditangguhkan sebelum pilihanraya, ia dilaksanakan sebaik saja Pilihanraya selesai. Begitu mudah rakyat tertipu dan ditipu.

Kata Idris Jala, perlaksanaan GST akan meningkatkan pendapatan negara. Namun ditutupnya fakta bahawa GST akan menurunkan pendapatan rakyat!

Beliau berkata cukai perkhidmatan sebanyak tujuh peratus juga dilaksanakan di negara jiran, Singapura. Tetapi beliau mengabaikan fakta bagaimana Singapura menaikkan pendapatan rakyatnya sehingga pendapatan perkapita rakyatnya USD 60500.

Zahid Hamidi dan rakyatnya yang sedikit ternganga-nganga ketawa kerana berjaya membodohkan rakyat yang ramai....Beliau berkata dalam hati...inilah pejuang JIHAD seolah membayangkan dirinya dan gerombolannya seperti tentera perang Badar....dengan tenteranya yang sedikit mengalahkan tentera Quraish yang ramai....Kah kah kah...

JIHADLAH ZAHID NAK JIHAD PUN....

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code