Rabu, 15 Mei 2013
JIKA PAK LAH MASIH TERAJU BN, MAKA KEKALAHANNYA TIDAKLAH SETERUK INI....BINCANGKAN?
INILAH soalan periksa yang harus dijawab oleh pengundi UMNO. Mengapa Pak Lah sering dilabel sebagai PM yang lembam? Mungkin kerana beberapa faktor yang mendorong perkara ini berlaku
Antaranya perkara yang dilihat sebagai GAGAL ialah sikap menantunya KJ yang sering dilabel sebagai membayangi pentadbiran beliau, kesilapan yang menyebabkan penentangan secara berhemah oleh kaum UMNO sendiri ialah beliau telah membebaskan Anwar Ibrahim pada 2004, Abdullah juga gagal dalam pemulihan demokrasi, menghapuskan rasuah dan juga penambahbaikan dalam perkhidmatan awam-tiada bonus, kenaikan harga minyak yang kerap dan berulang atas alasan kerana berlaku perubahan harga minyak sedunia, isu PKFZ, kes V.K Linggam dan kes murtad Lina Joy.
Selain itu, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah merobohkan kuil Hindu di beberapa kawasan di negeri Selangor antaranya Sri Mariamman dan beberapa kuil lagi di Shah Alam. Akhirnya masyarakat India seperti NGO yang tidak diiktiraf kerajaan iaitu Hindu Right Action Force (Hindraf) telah mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan serta menuntut hak mereka dilindungi.
Akhirnya kerana desakan dari dalam sendiri, maka Pak Lah terpaksa ditendang hingga jatuh berguling-guling. Maka bermulalah era Najib yang pada awalnya sudah menampakkan berbagai kelemahan, meski begitu galak menghabiskan dana kerajaan secara 'one off' yang menyebabkan bertambahnya hutang negara, berbagai ruang transformasi diwujudkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO. Hakikatnya berbagai struktur transformasi itu masih tidak membuktikan apa-apa, rasuah, jenayah, agama, perkauman dan berbagai kelompangan masih berada pada tahap lama. Sistem demokrasi yang menyebabkan demonstrasi bertambah dengan siri Bersih dan Siri Kebangkitan Rakyat jauh melebihi zaman pentadbiran Pak Lah.
Hakikatnya kemenangan Najib jauh lebih buruk dari Pak Lah Najib mampu mencapai 133 tapi tewas 89 kerusi berbanding Pak Lah 140 bagi kerusi parlimen dan kalah 82 kerusi. Meski perbezaan ini harafiahnya nampak Pak Lah lebih hebat dari Najib, tapi Pak Lah digulingkan dengan cara yang paling malang, namun sebaliknya Najib dilihat sebagai PM yang masih unggul. Muhyiddin yang mengekori rapat Najib juga dilihat sedang berlakon menyokong Najib. Tidak syak lagi jika Najib masih kekal maka sesuatu yang lebih buruk bakal menjelma. Najib awal-awal lagi telah menanam semangat perkauman yang membara dengan mendesak kaum Cina memberi penjelasan mengapa menolak BN? Apa lagi yang Cina mahu? Kenyataan ini sesungguhnya telah mengundang berbagai reaksi dan persepsi orang Cina.
Pendekatan yang digunakan Najib dengan menghentam pembangkang dan menyekat dari menggunakan media milik kerajaan juga menjadi faktor yang sangat negatif. UMNO hanya menang kerusi, tapi tewas majoriti rakyat. Jurang perbezaan 5% ini dengan jelas membuktikan Najib hanya memerintah atas kapasiti kerusi. Besar cabaran ini. Justru Najib kena akur dengan kerusi ini sahaja, tapi kena sedar betapa ramainya rakyat di bawah menolaknya.
Faktor lain yang menunjukkan kegagalan Najib adalah bila musuh utamanya Anwar Ibrahim mencabarnya berdebat tapi ditolak dengan berbagai alasan, kemudian takut untuk menjadi 'saksi' dalam kes liwat Anwar Ibrahim. Kegagalan Najib juga adalah kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap skandal NFC. Lebih parah tidak yakin dengan timbalan menteri wanita hingga sanggup dikembirikan menjadikan diri seperti wanita, menteri wanita pertama dunia.
Jika dilihat pada senario kemenangan tipis Najib, maka sudah tentu hentaman dari dalam juga bakal berlaku, tunggulah masa dan ketika yang sesuai saja. Jika tidak berlaku adalah ssuatu yang ganjil. Herannya kenapa Najib masih jadi pujaan walau pencapaiannya tidak sehebat Pak Lah? Pak Lah ditendang tapi Najib berajalela.
Rasanya dengan pendekatan yang Pak Lah lakukan sebelum ini mampu meraih kemenangan yang lebih besar jika masih menerajui kepimpinan. Tiada isu peribadi yang begitu serius untuk dijadikan modal oleh penentangnya. Pak Lah lebih mesra pembangkang sebenarnya. Najib hanya sekadar menghabiskan sumber dan menentang pembangkang dengan cara yang cukup memalukan. Tidak gentleman. Orang Cina termasuk MCA juga kecewa dengan sikap perkauman yang menebal ditanam Najib. Bibit penentangan Cina terhadap Najib ialah dengan menolak mentah-mentah sebarang jawatan dalam kabinet. Ini adalah satu tamparan hebat yang Najib mesti tangani.
JIKA TUAH MASIH HIDUP, JEBAT TAKKAN MERAJALELA...MALANGNYA TUAH BENAR-BENAR HIDUP AKHIRNYA JEBAT MATI DIBUNUH TUAH....LEBIH MALANG RAKYAT YANG HIDUP SEMAKIN TERTEKAN DEMI MERAJAWALIKAN TAKHTA DAN ISTANA...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan