Selasa, 14 Mei 2013

HAJI HADI KENA MUHASABAH DIRI....


SEBELUM ini Hj Hadi presiden PAS pernah melontarkan berbagai tuduhan jenayah kepada parti yang berjuang bersamanya. Sikap Hj Hadi seolah cuba menangguk di air keruh tidak menjadikan parti PAS semakin kuat, sebaliknya hanya akan wujud berbagai persengketaan di masa depan. Haji Hadi kena sedar, banyak perilaku dan tindak tanduknya telah memberi kesan yang besar terhadap keutuhan parti.



Haji Hadi tidak perlu membela 'menantu'nya dari dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti ekoran misi sabotaj yang dilakukannya. Sikap yang tidak profesional ini telah menunjukkan betapa Haji Hadi tidak telus dan masih pertahankan Ridzwan Ismail yang terang-terangan telah menyebabkan PR gagal di kerusi tersebut sekali gus hilang satu kerusi penting.

Sebelum ini juga sikap yang tidak tegas dan masih berpuak secara konservatif yang diamalkan PAS telah menyebabkan Kedah sekali lagi terjual kepada BN. Majoriti keputusan rakyat tidak lagi menyokong MB Kedah sebelum ini, tapi langkah yang silap Haji Hadi telah menyebabkan banyak kerusi penting antaranya Pendang tapak warisan PAS dipegang Allahyarham Fadzil Noor sebelum ini juga tumpas walau PAS mempertaruhkan timbalan presidennya Mat Sabu kepada UMNO-Datuk Othman Abdul dengan majoriti yang agak besar juga iaitu 2638.

Haji Hadi sering mebuat keputusan yang hanya berpihak kepada partinya sahaja, baginya PAS lebih hebat dari PKR dan DAP. Sikap besar kepala yang ditonjolkan Hj Hadi sepatutnya tidak berlaku dalam permuafakatan. Hj Hadi kena ingat, sebelum ini tidak ada seorang pun calon dari PAS mampu berceramah di depan kaum Cina, bahkan tak pernah Hj Hadi sendiri belajar sebut...Ni Ho Ma, Si Siek dan sebagagainya, begitu juga bahasa Tamil.

Salah tetap salah, terimalah hakikat. Mungkin jawatankuasa disiplin akan menimbangkan alternatif yang lebih baik. Bukankah Nabi Muhammad pernah bersabda:

Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, sekiranya Saidatina Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.

Walaupun menantu Hj Hadi kena bersikap terbuka dalam hal ini.....

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code