Isnin, 6 Mei 2013

BENARKAH UMNO MENANG TANPA RASUAH?


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sehingga kini berjaya membentuk tiga kerajaan negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan manakala hilang kerajaan negeri Kedah.

Pakatan paling berjaya di Selangor apabila menang dengan banyak kerusi di mana PAS sahaja berjaya menang di 15 daripada 20 kerusi DUN yang ditandinginya.

Selain Selangor, PAS juga membuat pencapaian baik di Terengganu apabila menang 15 kerusi DUN berbanding BN 17 kerusi. PAS juga menang empat kerusi Parlimen daripada lapan kerusi di Terengganu.

Empat kerusi Parlimen itu adalah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

PAS juga membuat pencapaian sulong di Melaka apabila menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Baru di bawah Parlimen Bukit Katil.

Sehingga kini PAS menang 22 kerusi Parlimen, PKR 26 manakala DAP 36 kerusi.

Ahli Parlimen baru PAS adalah Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan (Temerloh), Setiausaha Dewan Ulamak Dr Khairudin Aman Razali (Kuala Nerus), Datuk Raja Bahrin (Kuala Terengganu), Wan Hassan (Dungun), Timbalan Ketua Pemuda. Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas), Mohamad Hanipa Maidin (Sepang), Ustaz Idris Ahmad (Bukit Gantang), Ahmad Marzuk (Bachok) dan beberapa nama lagi.

Manakala Pas di Kelantan berjaya mengekalkan pemerintahan negeri selama 23 tahun dengan memperoleh majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pilihan raya yang dianggap sengit semalam, Pas dan sekutunya PKR berjaya memperoleh 31 kerusi berbanding 14 kerusi dari Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun prestasi Pas negeri pada pilihan raya kali ini jauh merosot berbanding PRU12 apabila BN berjaya menambah bilangan kerusi dari enam kepada 14 kerusi.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertanding di kerusi Dun Chempaka tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusinya dengan memperoleh majoriti 6,500, lebih besar berbanding PRU 12 iaitu majoriti iaitu 4,249.

Mursyidul Am Pas itu memperolehi undi sebanyak 12,310 manakala calon BN, Wan Razman Wan Abdul Razak memperolehi 5,810.

Seperti yang dijangka , Datuk Seri Mustapa Mohamed berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Jeli dengan majoriti lebih besar 5,269. Beliau turut menang di kerusi Dun Air Lanas dengan majoriti kecil 47 undi.

Meskipun tewas di kerusi Parlimen Putrajaya, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berjaya menpertahakan kerusi Salor dengan menewaskan calon BN Nordin Awang denga majoriti 6,548.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) , Tan Sri Annuar Musa kembali ke Parlimen dengan menewaskan penyandang, Abd Aziz Kadir dari PKR dengan mojoriti tipis 974 undi.

Apa yang mengejutkan calon Parlimen BN Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Saleh tewas besar kepada Exco Kerajaan Negeri Datuk Takiyuddin Hasan dengan majoriti 15,970. Fatmi mendapat 24650 manakala Takiyuddin mendapat 15,970.

Bagi parlimen Pasir Mas, calon Bebas Datuk Ibrahim Ali tewas kepada calon Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan mojoriti 8,047. Ibrahim mendapat 25,384 undi manakala Nik Abduh berjaya memperoleh 33431 undi.

Sementara itu, calon BN Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya mengalahkah calon Pas, Datuk Wan Rahim Abdullah dengan majoriti 8,413.

Kesimpulannya, isu rasuah ini hanya dapat dinilai oleh penerima sahaja, adakah berbaloi dengan hanya RM200, atau RM150 sahaja demi beri undi kepada orang yang TIDAK layak? Fikirlah apa yang telah anda lakukan....

2.30 pagi

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code