Sabtu, 27 April 2013

ZAHID HAMIDI MESTI DAKWA PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG TERLIBAT DALAM INSIDEN LAHAD DATU SEBELUM PRU BUKAN SELEPAS....

ZAHID Hamidi jangan hanya pandai menyebut dan menuduh sebelum PRU tapi ingin mendakwa selepas PRU, apa makna ini semua? Takkan sekadar ingin mengambil publisiti murahan dengan menuding jari kepada pembangkang yang terlibat tanpa mendakwa sebelum PRU. Apa muslihat yang Zahid cuba selindungkan?

Zahid mendakwa pembangkang yang terlibat hanya akan didakwa selepas PRU demi mengelak dari dicap sebagai mempolitikkan perkara ini dan akhirnya BN yang dipersalahkan. Sedarkah Zahid bahawa perbuatan mendedahkan pembangkang yang terlibat sebelum PRU sudah jelas menunjukkan bahawa Zahid cuba mengheret perkara ini dalam politik. Tanpa sedar nama pembangkang turut terjejas dengan pendedahan ini. Jadi apakah Zahid ingat dia masih tidak mempolitikkan perkara ini?

Zahid sekali lagi lontar batu sembunyi tangan, jika benar jujur Zahid harus mendedahkan siapa dalang yang terlibat itu segera, mengapa mesti ditangguh? Tanggapan yang cuba Zahid sampaikan kepada rakyat melalui mesej yang tersembunyi agar tidak politikkan perkara ini sehingga selepas PRU, tapi mendedahkan sebelum PRU bahawa segala kejahatan yang berlaku di Lahad Datu adalah disebabkan pembangkang. Ini saja mesejnya. Namun apa yang berlaku selepas ujaran Zahid tersebut? Rakyat akan merasakan pembangkang adalah jahat dan tidak layak menjadi pilihan sewaktu membuang undi. Inilah tipu muslihat Zahid pada makrifatnya.

Sedangkan siri pendedahan sejak mula telah membuktilakan dengan jelas semua nama yang terlibat berkait rapat dengan UMNO BN seperti Ahmad Malandi (Mat Bom)? Siapa itu Datu Amir Datu Amirul? Siapa itu Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman?

Paling 'menyeronokkan' mengapa ada perundingan yang begitu lama antara kerajaan bawah pimpinan UMNO sehingga 23 hari baru bersusah untuk membuat keputusan, bahkan meragut nyawa baru nak bertindak. Sebelum ini bila pembangkang mengatakan ada pencerobohan, maka menteri dalam negeri dengan segera memberi amaran -

"jangan dengar khabar angin...mereka itu bukan pengganas atau militan...nyamuk seekor pun mereka tidak pernah bunuh."

Semua siri pendedahan yang dibuat melalui media arus perdana, apatah lagi media yang telus dari berbagai sumber menyatakan watak yang berjanji untuk beri tanah kepada Sulu ialah Najib sendiri iaitu presiden UMNO?

Akhirnya siri pendedahan yang dibuat oleh seluruh jentera media ini telah disimpulkan oleh Zahid sebagai PEMBANGKANG yang terlibat. Rasionalkah Zahid jika ingin meraih undi biarlah menggunakan kaedah yang lebih bijaksana.

Bahkan bukti yang telah Zahid kumpulkan itu yang katanya telah diserahkan kepada peguam negara dan akan bertindak selepas PRU nanti, secara umum Zahid menegaskan bahawa 2 orang pembangkang dari semenanjung dan seorang dari Sabah telah memberi berbagai reaksi yang tidak senang dalam kalangan masyarakat. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan berlarutan terlalu lama, mengapa mesti ditangguh lagi. Akibat bertangguhlah tentera kita terkorban. Penjenayah yang dikenali mesti dihadapkan dengan segera. Jangan sekadar keluarkan isu untuk rakyat membenci pembangkang kemudian senyap begitu saja.

Sekali lagi ingin ditegaskan kepada Zahid, jangan tangguhkan tuduhan ini, segera ambil tindakan yang wajar. Jika perkara ini benar-benar dilakukan oleh orang yang sudah dikenal pasti. Zahid kena muhasabah diri, jangan cuba menipu rakyat dengan membodohkan kenyataan yang GILA seperti ini.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code