Isnin, 22 April 2013
UMNO N9 PECAH BELAH....
BILA AKAR UMBI TAK SETUJU DENGAN WINNABLE CANDIDATE NAJIB....INILAH JADINYA...
KENYATAAN MEDIA
CALON BN N19 JOHOL DIHINA OLEH AHLI BN
1. Saya terkejut dengan pertukaran saat akhir calon BN di N19 Johol dari Ustaz Mohd Fadzil Abu Kasim kepada Sdr Abu Samah Mahat Sesungguhnya, pertukaran ini menggambarkan pergolakan yang berlaku dalam kem UMNO dan BN. Saya juga dimaklumkan berkenaan pergolakan UMNO BN ini menerusi video yang di ‘upload’ di internet pada pertemuan penyerahan watikah Rabu lepas (17 April 2013) yang dihadiri Dato Hasan Malek dan dipengerusikan Dato Ismail Lasim yang kesudahannya ditangguhkan.
2. Harapan untuk saya bertanding secara matang dan profesional bersama Ustaz Fadzil dalam PRU13 ini sebagaimana yang saya nyatakan di dalam laman sosial facebook (link facebook: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=547712041938562&set=a.464784000231367.99810.463606953682405&type=1&theater) tidak menjadi kenyataan. Malah, saya begitu sedih melihat Ustaz Fadzil dihina sedemikian rupa oleh ahli-ahli UMNO. Bukan urusan saya sekiranya beliau tidak terpilih, tetapi cara penghinaan yang sedemikian rupa hakikatnya menghina dan menjatuhkan maruah Ustaz Fadzil dan keluarganya, apatah lagi beliau adalah seorang Ustaz.
3. Ini menyerlahkan bahawa UMNO tidak serius di dalam menjaga para ustaz dan ulama. Kononnya UMNO memperjuangkan Islam, tetapi tiada seorangpun calon ustaz diletakkan kali ini di Negeri Sembilan. Saya bertegas menyatakan, bahawa, jika UMNO tidak menghormati para ustaz dan ulama, tiada jaminan UMNO akan mempertahankan Islam.
4. Saya sangat bersimpati dengan Ustaz Fadzil dan keluarganya atas penghinaan tersebut. Saya menyeru agar Ustaz Fadhil bersabar atas ujian Allah ini. Saya menyeru agar kita menolak parti UMNO dan BN di Negeri Sembilan ini kerana menjatuhkan martabat para ilmuan Islam.
UBAHLAH PULAK, ASYIK TU…YO…
NOR AZMAN MOHAMAD
Calon PAS N19 Johol
019-6400062
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan