Bila Najib tun Razak kata BN akan menang 2/3 kerusi parlimen, ramai kawan2 berkata; apa yang dia nak kata lagi. Takkan dia kata BN kalah? Jadi, kenyataan nya tidak menghairankan.
Tapi yang kita tahu ialah: Najib can kiss goodbye to impian nya menawan Selangor. Dua sebab.
(1) Pertama rakyat sudah dapat menilai pentadbiran kerajaan PR di Selangor.
(2) Kiss of death kepada impian menawan Selangor muncul bila Mohd bin Mohd Taib - bekas ketua penerangan UMNO Malaysia, bekas MB Selangor yang banyak networknya dan bekas naib presiden UMNO keluar dari UMNO. Sekarang ini Mat Tyson seorang sudah cukup untuk neutralise apa yang Najib tabur di Selangor. Nak kata Mat Taib rasuah dan menyundal, pemimpin UMNO termasuk Najib juga tidak kurang hebatnya.
Perak akan jatuh semula ke tangan PR sebab rakyat mahu menghukum UMNO dan BN kerana merampas hak mereka. Kali ini, PR akan beri pukulan maut ke BN Perak.
Kedah? Walaunpun Che Det Mursyidul am UMNO dan sekarang Daim Zainudin berkempen, mereka tak akan dapat tawan Kedah. PR akan dapat 14 dari 15 kerusi parlimen dan negeri itu akan terus di perintah oleh PAS. Rakyat kedah hanya perlu ingat satu kes sahaja - dalam zaman pemerintahan PAS pendapatan purata dari industrI pembalakan untuk negeri ialah RM40juta. Masa zaman UMNO perintah, pendapatan purata hanya RM8 juta. Pemimpin UMNO balun 32 juta setahun masuk poket sendiri.
Perlis pun bergolak. 9 dari kerusi DUN mengikut Daim Zainudin berada dalam bahaya. Semua ketua bahagian UMNO nak jadi MB. Rakyat Perlis boleh selesaikan masaalah ini dengan memilih kerajaan PR. BN akan hilang 2 kerusi parlimen disana.
Pulau Pinang? Ketika Guan Eng mentadbir Pulau Pinang ada kita lihat orang Melayu mati bergelimpangan? Bahkan kebajikan orang Melayu dan agama Islam dibela dan dijaga dengan penuh hormat. Tahun lepas Guan Eng beri RM62 juta untuk majlis agama Islam Pulau Pinang. Di setengah negeri pimpinan BN. kerajaan hanya mampu beri RM10 juta. Ertinya, semua kerajaan di sebelah utara akan jatuh.
Negeri Sembilan berada dalam ambang jatuh ketangan PR. MB baru akan tetap orang Melayu. Yang Di Pertuan Besar tetap bertakhta.
Kelantan jangan di mimpi oleh BN. najib masuk ke negeri Kelantan tak beri salam kepada kerajaan Negeri dan mengumumkan 7 dosa besar yang PAS lakukan. Siapa Najib yang nak kata orang lain dosa atau tidak?
Negeri Terengganu akan jatuh ke tangan PR. PR akan rampas 5-6 kerusi parlimen. Rakyat Terengganu mesti ingat Najiblah yang hijack Terengganu Investment funds dan gasak duit yang patut pergi ke rakyat Terengganu dan mengujudkan 1MDB. Duit royalty minyak Najib balun dan masuk dalam 1MDB sebab dia boleh control penggunaan wang dan dana 1MDB. Ini kerja Najib - balun duit rakyat dan tipu serta menakutkan rakyat terutama orang Melayu.
Pahang, BN akan hilang banyak kerusi DUN. Saya lihat BN akan kalah di Teriang, Damak, Ketari, Sabai, Dong, Teras, Tanah Rata, Beserah, Teruntum, Semambu, Inderapura, Tanjung Lumpur, Bilut, Tahan. BN akan kalah antara 5-7 kerusi parlimen. Kita akan mengejutkan BN Pahang.
Di Johor, Ghani Osman sebetulnya menerima hukuman mati oleh puak UMNO yang merancang menyingkirkan nya. BN akan kalah dibanyak kerusi parlimen bermula dari Gelang Patah, Tanjung Piai, Labis, Segamat, Bakri, Pasir Gudang, Pulai, Kulai, Parit Sulong, Batu Pahat, dan banyak lagi. Jika PR menang, sudah pasti Salahudin Ayub jadi MB. Orang Melayu tetap akan melihat orang Melayu jadi MB, agama Islam terus terbela dan institusi Raja Melayu tetap di perlihara.
Bila Najib kata Sabah masih lagi FD (fix deposit) BN, itu ertinya Sabah sudah jatuh ketangan PR.
Mana ada negeri yang selamat untuk UMNO dan BN?
Mungkin kerana banyak duit yang ditabur, atau imej UMNO dan BN dibentuk melalui media- billboards yang melata dipasang di sepanjang lebuh raya(bayangkan berapa puluh juta UMNO habiskan untuk membayar billboards) , melalui TV yang mereka kuasai, dan akhbar yang UMNO kuasai, maka Najib merasakan bahawa UMNO akan menang 2/3. Memang suka tengok cermin berjam-jam sehari dan kata aku yang paling hensem di Malaysia.
Kita akan lihat penghukuman rakyat keatas rasuah dan kezaliman yang UMNO lakukan selama 55 tahun. Apa yang UMNO boleh buat dalam masa 5 tahun yang gagal mereka lakukan bila ada 55 tahun?
Yang mereka capai ialah seperti yang di nyatakan oleh Mursyidul Am UMNO, Dr Mahathir Mohamad, setelah 55 tahun merdeka, orang Melayu masih mengemis dalam negara mereka.
Jika 54 billion saham melalui DEB di agihkan pada kadar RM1 juta seorang, kita patut ada 54 ribu jutawan Melayu.
Mana mereka? Saham tersebut dibalun oleh puak2 UMNO.
-sakmongkol Ak47
Isnin, 29 April 2013
UMNO HANYA TINGGAL KERIS KONTOT SAHAJA....!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan