Rabu, 24 April 2013

SEBAB SEBENAR BOM MELETUP DI NIBONG TEBAL HINGGA MENCEDERAKAN PENGAWAL YANG NAK TERKENCING KERANA MELUAT DENGAR CERAMAH UMNO, MALAS KUTIP SAMPAH, DILETAKNYA BOM PALSU BUATAN MAT BOM - RAJA BOM IKAN....


HIMPUNAN ceramah UMNO hanya tahu buat sampah saja. Kemudian letak bom sebab malas kutip sampah. Biar polis yang kutip...kah kah kah...taktik orang malas buat kerja.

Memang benar ada dijumpai bom yang kedua tapi letaknya dalam bilik gerakan BN...mengapa ada dalam bilik gerakan? Sudah tentu angkara sendiri. Takkan bilik itu dipecah masuk untuk letak bom. Tak kunci kah bilik itu? Lagipun pihak polis sudah buat siasatan dan mengesahkan bahawa tiada kesan pecah masuk bilik gerakan itu.

Paling lucu laporan media arus perdana mengatakan 3000 orang yang hadir itu berasak-asak lari lintang-pukang kerana terkejut dengan letupan itu....kah kah kah tapi yang tergoleknya cuma sorang...tu pun macam luka tersepak tiang bendera parti sendiri saja.

Lebih teruk ada blogger UMNO kata bom itu dihasilkan oleh Jeneral yang masuk PR. Haru-biru dah...biol sungguh kenyataan puak-puak yang tidak bertamadun ni. Kalau dah bom tu ada kat bilik gerakan UMNO, takkan ianya buatan musuh politik. Ada maklumat yang mengatakan bahawa bom itu ditujukan kepada 'pengintip' dari parti pembangkang yang dikatakan sering skodeng siri ceramah mereka di belakang pentas. Sebab tu bom yang pertama diletakkan dalam longgokan sampah. Mana tahu tetiba sahaja pengawal yang terkinja-kinja nak terkencing kat belakang tu yang kena bom. Kah kah kah...mereka ingat musuh politik.

Satu risikan bebas telah dijalankan dan mendapati bahawa bom yang kedua yang dijumpai dalam bilik gerakan BN itu adalah bermotifkan untuk keselamatan diri. Mereka bimbang ceramah yang mereka lakukan itu akan diganggu oleh penyokong Pakatan Rakyat. Jadi mereka bersedia dengan bom. Malangnya segala lobang yang mereka buat sudah bocor. Bom yang meletup kena orang yang nak kencing. Dengar cerita terkencing dalam seluar pengawal tu, kerana terkejut beruk...kah kah kah...

SAMBUNGAN DARI-

Bom kedua ditemui di Bilik Gerakan BN di Nibong Tebal

NIBONG TEBAL – Polis berjaya memusnahkan bom kedua yang ditemui di belakang pentas di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Jawi, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, bungkusan bahan letupan kedua itu ditemui pada pukul 2 pagi dan dimusnahkan oleh pasukan polis, sejam selepas penemuannya.

“Ia berupa alat letupan reka ganti (IED) dan dipercayai dihasilkan oleh profesional,” katanya selepas melawat kawasan berkenaan di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.15 malam tadi, seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga pekerja parti BN cedera selepas longgokan sampah meletup ketika ceramah Barisan Nasional (BN) diadakan malam tadi.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 3,000 orang.

Menurut Abdul Rahim, letupan berkenaan dipercayai bertujuan untuk menakutkan orang ramai kerana ia mengeluarkan bunyi yang kuat.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian berkenaan.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code