Sabtu, 13 April 2013

PAS DIDAKWA 'MENIPU' PENYOKONGNYA?



Ramai yang memberi respon terhadap perhimpunan gergasi yang diadakan di Kota Bharu malam tadi. Hingga yang buta datang berpimpin yang tempang datang bertongkat dan yang kodong datang berguling.

Mereka semua setia mengharungi pahit maung perjuangan PAS, sanggup berhujan dan berjemaah bersama-sama. Inilah sokongan yang padu diberikan kepada PAS. Pengumuman demi pengumuman dan ceramah demi ceramah yang dikemukakan memberikan sedikit semangat yang berkobar-kobar kepada penyokong yang setia untuk menumbangkan UMNO pada PRU 13 nanti. Malangnya apa yang diharapkan tidak kunjung tiba, detik yang dinantikan seolah hanya bermain mata begitu saja.

Ceramah yang berapi dihidangkan oleh pakar hebat dari PAS. Lepas seorang, seorang. Namun malang seribu kali malang pengumuman pada peringkat awal yang mengatakan Husam Musa akan hadir, Saifudin Nasution akan hadir nampaknya tidaklah menjadi kenyataan. Seolah segalanya nampak dirancang agar kehadiran tetap ramai demi para pemimpin yang mereka sayangi. Pada hal penganjur awal-awal lagi sudah tahu bahawa mereka kedua tidak akan hadir. Kecewa sungguh penyokong PAS terutama yang datang dari jauh. Rupanya datang sekadar untuk memberi jaminan dan keyakinan pada pucuk pimpinan PAS bahawa mereka akan menjajah lagi buat sekian kalinya.

PAS sekadar ingin menguji kesetiaan dengan mengadakan sesi perjumpaan penyokongnya dengan kerap agar segalanya tidak goyah, walau pada awalnya ramai yang hadir semata-mata ingin mendengar sesuatu yang dijanjikan. Tapi apakan daya segalanya hanya menjadi bahan kutipan derma dan pembahagian bendera serta lambang PAS sahaja. Acara kemuncak tidak juga terlaksana . Terkial-kial penyokong PAS termasuk admin ternganga menunggu namun hajat tidak juga kesampaian. Umpama menjolok buah yang tak gugur.

Rata-rata pada sisi pengunjung yang datang malam tadi adalah bertujuan untuk mendengar beberapa nama calon di kerusi panas yang pada awalnya disebarkan bahawa pimpinan PAS akan mengumumkan calon mereka. Tapi hakikatnya tidak sama sekali, sebaliknya di sisi pimpinan PAS pula mereka mempunyai berbagai strategi politik yang seakan berteka-teki dengan seribu pertanyaan.

Benar, tidak salah jika PAS tidak umumkan nama calon sekalipun kerana segalanya akan terjawab tidak lama lagi. Hari penamaan calon kan kunjung tiba. Namun apakah sebenarnya motif jelajah treler itu sekadar satu acara mengutip derma sahaja?

Persoalan ini tidak wajar dijadikan isu juga benar. Tapi jika sekadar untuk berceramah politik biasa, maka tidak perlulah dihebahkan atas nama pimpinan PAS juga mesti ada keyakinan bahawa era sekarang ini, UMNO mesti dilumpuhkan demi Putrajaya, bukan saja Kelantan. Ramai yag berbaiah dengan PAS. PAS tidak boleh solor-bolor dalam bab ini. Mesti yakin dan istiqamah. Siapapun calon dari UMNO tidak perlu dijadikan ukuran kerana ramai yang sedar. UMNO bukan lagi sebuah parti yang bijak untuk mengurus negara...

Apa-apapun segalanya kembali tenang dan ringan kepala tatkala teringat betapa jahatnya UMNO.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code