Selasa, 23 April 2013

MAT TAIB CONTOH POLITIKUS YANG PRAGMATIK - TAHNIAH !!!

UMNO PECAT AHLUL BAHLOLNYA, TAPI KINI RAKYAT AKAN PECAT UMNO...JANGAN RISAU!!!

Semakin lama mentadbir semakin ANGKUH UMNO, apa mereka ingat semua yang ada dalam UMNO itu MULIA? Inilah satu teknik serangan dan kaedah yang menjadikan politik Malaysia semakin hangat dan tidak bertamadun.

Namun pendekatan yang diambil mantan MB Selangor adalah sangat terpuji kerana beliau tidak menyerang UMNO. Pendekatannya sangat sederhana. Ini adalah satu bukti ketinggian pemikiran seorang politus yang tidak menikus, sebaliknya berani melakukan perubahan. Admin sangat bersetuju dengan pendekatan dan strategi yang diambilnya. Bersifat terbuka dan cuba meneroka ke alam politik yang lebih berhemah.

Berbeza dengan politikus ala kesumat yang menjadikan tempat bergantung sebagai musuh selepas disingkirkan.

Datuk Kamilia Ibrahim



Kedua gambar di atas adalah contoh yang menggambarkan dendam dan politik kelas bawah, namun apakan daya, inilah kehendak masyarakat yang dididik oleh kerajaan sedia ada. Menentang secara menongkah arus adalah satu realiti politik kelas ketiga.

Mat Taib mempunyai satu pola pemikiran yang agak kehiliran kerana beliau sanggup meninggalkan parti yang menjadikannya sebagai orang seperti yang ada sekarang, cukup terkenal di zamannya. Namun sikap berani meneroka ke dalam struktur parti yang suatu waktu dahulu adalah seterunya telah melonjakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang cukup pragmatik dan ideal.

Bukan senang untuk berbuat demikian, tengoklah mantan PM seperti Mahathir yang dikatakan cukup gah dengan kemasyhuran di zamannya, bahkan sering keluar masuk partinya sendiri. Namun masih jauh untuk mendaki setinggi kekaliberan Mat Taib. Mahathir keluar UMNO tapi akhirnya rujuk balik. Bahkan semakin kuat berkokok setelah menyertai semula dalam parti lamanya. Inilah politikus yang pengecut. Politikus yang tidak mampu menghakis kebergantungan kepada parti lamanya. Tidak berani menegur kerosakan partinya dari luar. Bahkan merosakkan lagi. Jauh sekali untuk bermuzakarah dengan musuh politiknya, lu hantam wa, wa hantam lu....itulah modal politik Mahathir. Jauh menampilkan kredibiliti politikus yang sejati. Ada untong wa gomo, rugi kalu, lu kena....!!! Inilah model politik UMNO - dulu, kini dan selamanya.

Apa yang menarik pendekatan yang diambil oleh Mat Taib ialah beliau memuji apa yang dilakukan oleh UMNO, namun kerana UMNO adalah sebuah parti yang sudah tua dan uzur, sudah tentu banyak penyakit gatal, kurap kudis dan kini mungkin penyakit dalam kategori membunuh, memang layak berundur dan memberi peluang kepada lawannya pula.

Kenyataan seperti ini sudah cukup untuk memberi tamparan yang pedih kepada UMNO, kerana sewajarnya UMNO patut belajar menjadi pembangkang. Belajar pahit maung dari bawah bukan tahu membolot segala kuasa dengan sentiasa mengetepikan hak orang lain.

Inilah kata-kata hikmat Mat Taib itu:

"Umno sudah buat baik. Saya fikir Pas perlu diberi peluang. Bagi dia peluang..."

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Taib ini walaupun hanya beberapa patah memberi makna yang cukup mendalam. Suatu kesedaran yang bukan sahaja menghentam UMNO, tapi menghentam PAS sendiri. Jika dari dulu PAS cuba untuk mendaki tampuk tertinggi hirarki pentadbiran negara untuk membuktikan agenda yang dibawa terlaksana dengan jayanya. Mengapa cabaran ini tidak saja diberikan kepada PAS.

Bahkan mampukah PAS melaksanakan agendanya? Atau apakah perjuangan selama ini hanyalah omongan kosong semata-mata? Inilah yang harus menjadi jawapan kepada perjuangan PAS selama ini. Benarkah PAS mampu memikul tanggungjawabnya sebagaimana yang dikatakan?

Bagi PAS belum cuba belum tahu, tapi jika berjaya berada di atas. Ingatlah betapa sukarnya menjadi pentadbir yang sebenar di samping pembangkang yang sentiasa mencari kelemahan kita.

Kesimpulannya pengajaran yang dilakukan oleh Mat Taib, jelas menunjukkan bahawa dirinya berada dalam kelasnya yang tersendiri. Syabas Datuk, saya respek!!!

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code