INILAH HADIAH YANG PALING BESAR ANUGERAH UMNO-BN DI JOHOR. MANA MEREKA INI NAK PERGI KALAU RUMAH DIRAMPAS WEWENANGNYA, KUBUR DIGALI SESUKA HATI, TENGKORAK MAYAT DICAMPAK SESUKA HATI. BANGKITLAH RAKYAT JOHOR...!!!
UMNO HANYA TAHU REKA DAN SEBARKAN FILEM SEKS KEPADA RAKYATNYA SAHAJA, AHMAD MASLAN GALAKKAN RAKYAT MENONTON FILEM SEKS. TAPI RUMAH SETINGGAN MEREKA ROBOHKAN, MEREKA RAMPAS TANAH MEREKA WALAU SUDAH LAMA MENGHUNI DI SANA. ZAMAN KANAK-KANAK BAGI BUDAK-BUDAK INI HILANG SEKELIP MATA, KEGEMBIRAAN ANAK-ANAK INI BERMAIN DI RUMAH MEREKA KINI HANYA TINGGAL DALAM KENANGAN YANG SEMAKIN JAUH.
GHANI OTHMAN YANG MENDAPAT BAYARAN LUMAYAN HASIL DARI RAMPASAN RUMAH DAN TANAH INI SEMAKIN GALAK SEKALI. AKHIRNYA TANPA SADAR DIA KINI BAKAL DISEMBELIH PUCUK TERTINGGI UMNO BILA DIPAKSA BERDEPAN DENGAN LIM KIT SIANG. GHANI OTHMAN YANG DITAULIAHKAN OLEH TAIB MAHMUD MERUPAKAN MB YANG SUDAH LAMA. SEMAKIN LAMA DI TAMPUK SEMAKIN KUAT BELASAH DAN HALAU RAKYAT SENDIRI. AKHIRNYA KINI, DALAM DIAM TIADA SIAPA YANG BERANI MENYAHUT CABARAN BERLAWAN DI GELANGGANG GELANG PATAH. SELAKU MB, GHANI DIPAKSA BERBUAT DEMIKIAN UNTUK MEMBUNUH DIRINYA SENDIRI, KAMIKAZE.
AKAR UMBI JELAS SUDAH LAMA MELUAT DENGAN GHANI OTHMAN, TERMASUK JUGA PIMPINAN TERTINGGI UMNO, UNTUK MENGABUI MATA GHANI AGAR KONON MENARIK RAMBUT DALAM TEPUNG RAMBUT TAK PUTUS, TEPUNG TAK BERTABURAN, MAKA PERTEMBUNGAN DENGAN KIT SIANG AKAN MENYEBABKAN BERGULINGNYA KARIER POLITIK MB JOHOR INI. GHANI OTHMAN BAKAL MENDAPAT LALUAN GETIR UNTUK MENANG.
Tindakan meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah dipercayai usaha untuk menamatkan karier politiknya, kata Timbalan Pengerusi KEADILAN, Dr Faidhi Saidi.
Calon Parlimen Pasir Gudang itu berkata, kedudukan Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah tidak terjamin kerana terpaksa mengharapkan undi Melayu semata-mata.
“Melihat situasi politik semasa, undi kaum Cina kepada Pakatan pasti bertambah berbanding PRU 12.
“Malah, lawan Ghani ialah Lim Kit Siang yang bukan calang-calang orang. Beliau tokoh politik terkenal,” katanya kepada Keadilan Daily.
Ghani tidak dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom yang diwakilinya empat penggal, sebaliknya ‘dipaksa’ untuk berdepan Kit Siang.
Parlimen itu terdiri dari DUN Skudai dan Nusajaya dengan 78,676 pengundi berdaftar iaitu kaum Cina kumpulan terbesar iaitu 54.06 peratus, diikuti Melayu (33.54 peratus) dan India (12.22 peratus).
Bagaimanapun, Faidhi berkata, Ghani juga tidak selamat jika kekal bertanding di DUN Serom ekoran kegagalannya menyelesaikan masalah tanah.
“Dulu janji selesaikan isu tanah setinggan dan penduduk kampung yang belum ada geran terutama di selatan Johor tapi sudah berbelas tahun, belum selesai.
“Jadi ada penolakan dari akar umbi. Kalau tanding DUN pun, belum tentu menang,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan