Khamis, 25 April 2013
KEHARUSAN DEMOKRASI VS KHALIFAH
Demokrasi hanyalah perkara kemasyarakatan sahaja (siasi). Orang yg dipilih daripada demokrasi Hanya Wakil Manusia (wakil Rakyat). Namun Khalifah adalah WAKIL ALLAH - Kuasa demokrasi adalah Kuasa dari Bawah (kuasa Rakyat). Namun Khalifah adalah Kuasa dari Atas ke Bawah (Hukum Allah untuk Makhluk).
DEmokrasi tidak lebih umpama Memilih seseorang atau satu Pasukan Untuk menjalankan sesuatu amanah atau Kerja (orang suruhan), Contohnya Pilih untuk Jaga Ekonomi, Jaga bekalan makanan, Jaga Perniagaan dsbgnya.
Apa yang perlu ialah untuk membai'ah Khalifah Yang menjadi KETUA kepada UMAT Islam. Ketua Umat inilah yang akan Menakluk kumpulan yang diangkat oleh demokrasi atau mana-mana wakil Rakyat atau makhluk tersebut.
Ia adalah dua Jalan yang berbeza, iaitu bukannya satu pertembungan sebenarnya. Yang berbeza Cuma Bai'ah Khalifah itu sedang tidak diusahakan. Angkara utama ialah kerana Persepsi terhadap Demokrasi. (umat sedang anggap orang yang wakil manusia itu adalah Pemimpin mereka).
Kita tidak perlu menghapuskan DEMOKRASI, tetapi kita perlu bentukkan Sistem Khalifah untuk menawan Demokrasi atau menggantikan Demokrasi.
Selagi Khalifah tidak terbentuk, maka demokrasi masih adalah suatu Cara yang Harus.
Iaitu selagi kita TIADA BOS, maka kita perlu bersepakat memilih Wakil dari kalangan kita untuk melaksanakan sesuatu (dengan suara pakatan ramai) -demokrasi.
Contohnya apabila terdapat Tanah Runtuh dan Kita tidak mempunyai ketua untuk menguruskannya. Maka kita perlu sepakat atau berbincang sesama rakyat untuk menguruskan tanah runtuh tersebut.- Maka disinilah perlu wakil dari rakyat- untuk uruskan hal tersebut.
Sekiranya kita telah mempunyai KETUA, maka kita tidak perlu lagi membuat persepakatan sendiri (Suara ramai) untuk bertanggung Jawab ke atas perkara tanah runtuh tersebut. Melainkan ia hanya perlu dilaporkan dan diurus oleh Ketua.
Dan ketua itu perlu dilantik walau dengan apa cara sekalipun, asalkan beliau menjadi Wakil kepada Tuhan Untuk menguatkuasakan tuntutan pemilik Alam ke atas Buminya.
- ITULAH Konsep Ketua.
Penyumbang artikel:
Kebangkitan Islam.
A. Ayohmad
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan