Isnin, 22 April 2013

KAJIAN MENGAPA PUTRAJAYA MASIH GAGAL DITAWAN PEMBANGKANG???

Laporan baru masuk mengatakan bahawa BN akan mengekalkan Putrajaya berdasarkan beberapa andaian dan kajian. Analisis terbaru mendedahkan kerana sentimen peribadi pengundi melampaui tahap keyakinan untuk mengubah keseluruhan struktur pentadbiran negara. Antara faktor yang disebutkan itu antaranya ialah:

1. Rakyat yang sudah biasa dengan pentadbiran sekarang dan peratusan besarnya ialah kerana hanya 33% golongan yang terdiri dari berbagai lapisan pengundi iaitu muda, belia, dewasa dan tua yang mendapat akses dari sumber bebas seperti internet, ceramah umum dan akhbar milik pembangkang. Selebihnya masih terbias dengan sumber arus perdana.

2. Pengundi juga masih menebal dengan sikap tidak endah kepada sentimen yang didedahkan seperti korup, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya yang dilakukan oleh pemerintah sekarang. Bagi mereka keadaan yang dialami sebagaimana sekarang adalah lebih selesa berbanding ramalan yang indah diberikan pembangkang. Mereka tidak kisah apa yang dilakukan pemimpin kerajaan, bagi mereka menjalani kehidupan biasa sebagaimana seadanya seperti sekarang adalah lebih utama. Bahkan sebahagian besarnya (5-8%) tidak tahu langsung perkara ini berlaku.

3. Pengundi masih terikat dengan budaya ugut yang dilakukan parti pemerintah, mereka masih yakin dengan kebolehan pentadbiran sekarang (40%), setiap hari mereka mendengar ugutan dan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya pemerintahan bertukar tangan. Apatah lagi ugutan tersembunyi dan terang-terangan ini disalurkan kepada mereka dengan begitu mudah melalui berbagai sumber sedia ada seperti tv, radio dan sebagainya.

4. Kaki tangan awam turut terasa dengan tempias ini (ugutan) yang 100% merupakan golongan yang layak mengundi. Keberanian mereka amat terbatas. Setelah ditinjau, hanya 30-40% yang berani buat protes senyap terhadap kerajaan, selebihnya masih berpihak kepada kerajaan yang sedia ada. Ugutan ditukarkan sudah cukup menggentarkan mereka, apatah lagi tidak dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan paling ditakuti ialah dibuang kerja.

5. Keyakinan terhadap kebolehpercayaan dan corak kepimpinan pembangkang masih menjadi persoalan, ini kerana budaya fitnah yang dimainkan parti pemerintah menjadi 'penghalang' besar untuk pengundi condong ke arah pembangkang, 30% dari kalangan mereka percaya bulat-bulat terhadap fitnah ini.

6. Sumbangan BR1M sangat membantu parti pemerintah menawan golongan berpendapatan rendah, mereka tidak menghiraukan apa yang pembangkang kata, bagi mereka kenaikan harga barang atau segala macam bil yang terpaksa mereka bayar dengan harga tinggi adalah suatu yang 'lumrah' kerana ini adalah perkara biasa yang mereka tempuhi sejak dari dulu lagi. Mereka sudah dididik demikian sejak dari mula.

7. Akhir sekali faktor keselamatan agama, bangsa, keluarga, diri dan masyarakat sekitar yang masih menjadi ketakutan yang sangat ketara, Islam takut digadaikan, Cina takut dihududkan, India takut dimiskinkan, dn kaum lain takut dijual semahunya. Propaganda ini walau nampak tidak berasas tapi sangat kuat untuk menolak dan mencuba sesuatu yang baru.

Kesimpulannya dari 7 faktor di atas, masyarakat pengundi keseluruhannya lebih 60 peratus masih terbelenggu dengan ketakutan yang amat sangat. Mereka bukan dungu, tapi mereka takut disamping sebagahiannya hanya mencari kesempatan kewangan dari kecelaruan ini. Siapa sokong pemerintah, maka mereka masih menjalani kehidupan seperti biasa, masih dapat projek, masih dapat lakukan apa yang sedang mereka lakukan sekarang, walaupun ianya sama sekali melanggari aspek moral dan perundangan. Mereka masih seronok berbuat sebagaimana yang mereka buat sekarang. Faktor ketakutan adalah asas yang kukuh bagi parti pemerintah mentadbir semula negara ini.

Namun segalanya mungkin adalah sebaliknya kerana ini adalah kajian walaupun ianya sangat emperikal, hati manusia tiada siapa yang mampu menduga, apatah lagi jika Allah inginkan sesuatu, siapakah lagi yang mampu menghalangnya? Selangor adalah contoh terbaik. Sebuah negeri yang menjadi kota UMNO, sekelip mata mampu mengubah segalanya dengan kehendak Allah.

Apapun kajian dan prediksi segalanya dengan jelas akan terjawab di hari mengundi kelak. Siapa berani mereka akan UBAH, tapi kalau dah takut untuk melakukan perubahan, maka segalanya akan jadi seperti yang mereka jangkakan, walaupun selepas ini banyak keburukan yang akan dilakukan pemimpin parti kerajaan sekarang.





SUMBER DARI PROFESOR KANGKANG

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code