Rabu, 24 April 2013
HASAN ALI BUKAN POLITIKUS SEJATI...VIDEO PAGI INI
JIKA tidak ditulis sekalipun ramai orang sudah tahu siapa Hasan Ali, kelibat Hasan Ali yang muncul di pentas Tv3 pagi tadi 'amat meluat' bahkan mungkin sebahagian besar dari kita yang sokong reformasi langsung tidak tonton tv3.
Namun kerana peranan Tv3 selaku media arus perdana, jemputan Hasan Ali yang pro kerajaan memang dialu-alukan. Jemputan ini juga sekali gus untuk menaikkan moral penyokong UMNO kerana konon Hasan Ali adalah 'tamu' istimewa berdasarkan kerja buatnya sebelum ini bersama pakatan pembangkang. Sekurang-kurangnya bagi penyokong tegar yang kehabisan idea, sepatah dua kata dari Hasan Ali dapat dijadikan modal bercakap di kedai kopi.
Seperti diduga Hasan Ali merupakan seorang politikus yang mengundur ke belakang, jika semua orang yang berfikiran terbuka dan mempunyai ciri tulin seorang politikus seperti Mat Taib yang sanggup berubah untuk mencari roh Islam dalam politik Malaysia dengan menyertai PAS. Tapi sama sekali tidak bagi Hasan Ali, jika dulu dia berada di dalam kelompok orang yang berjuang kepada Islam, namun kini beliau terjerlus ke dalam longkang najis yang selama ini dia lari darinya. Paling nipis prinsip Hasan Ali ialah apabila mengeluarkan fatwanya sendiri agar gerombolan yang penuh dengan rasis dalam pertubuhan JATI mengundi BN.
Apa maknanya ini semua, bukankah Hasan Ali tahu bahawa UMNO adalah parti yang tidak mahu ke arah Islam? Meski admin beberapa kali terima mesej mengatakan PAS tidak pernah membuktikan keislamannya, sebaliknya UMNO sentiasa bina masjid, bina tabung haji, buat bank Islam, buat sekolah agama. Tapi Pas mana buktinya dan berapa buah masjid yang telah dibinanya? Nampaknya Hasan Ali yang mengaku dirinnya profesional masih buta dalam soal pentadbiran. Perintah negeri bukan sama seperti negara. Negeri sumber pendapatannya terhad, jika tebang balak lebih untuk dapat sumber ekonomi, pusat akan tuduh menjarah hasil mahsul negeri. Jika pajak tanah kepada orang bukan bumiputera maka dikatakan kerajaan negeri jual tanah kepada orang non-bumi. Inilah bezanya tadbir negeri dengan tadbir pusat.
Sedangkan pusat tidak memberi peruntukan yang sewajarnya kepada negeri yang ditadbir pembangkang. Sebab itu pembangkang cuba buktikan agendanya dengan mengambil semua sekali yang dimiliki pusat. Tengok apa lagi kemampuan yang UMNO boleh buat? Jika di Selangor selama 5 tahun UMNO jadi pembangkang, apa bakti yang UMNO berikan? Di Kelantan, lebih 20 tahun UMNO jadi pembangkang, apa yang dia laksanakan? Tak ada apa, jalan persekutuan yang sepatutnya dibuat, direpair oleh pusat juga terabai tidak diselenggara dengan betul. Inilah konsep yang harus disedari oleh seluruh penyokong UMNO. Hasan Ali juga kena tahu perkara ini.
Sebab itu, Hasan Ali kena ingat walau agenda murni itu tidak dijelmakan semasa mentadbir negeri. Banyak faktor yang menghalang pemurnian itu terlaksana. Sebaliknya sebagaimana yang dikatakan Mat Taib, bagi peluang kepada PAS dan sekutunya mentadbir. Mengapa selalu dihalangi perkara ini. Tengok dan cuba adalah satu perkara yang praktikal. Bukan sekadar menjual produk secara air liur saja. Kedai tak ada, produk tak ada. Jadi bagaimana nak meniaga?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan