Ahad, 21 April 2013

CHE JOHAN CHE PA HANYALAH BINATANG TERNAKAN UMNO SAHAJA...!!!

Jelas kuasa yang dipegang Mahathir belum tentu dapat diatasi oleh Najib, atau lakonan ini hanyalah sekadar untuk menipu rakyat terutama ahlul UMNO sendiri, sebelum ini Datuk Pa berpura-pura terkejut dengan tindakan Che Johan yang tidak menghantar borang pencalonan. Bagi PAS perkara ini memang sudah dijangkakan.

Keputusan selepas jam sebelas pagi semalam, Umno memutuskan untuk menarik diri daripada pertandingan di Parlimen Pasir Mas telah memberi tamparan kepada slogan 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan berbuat demikian, Umno telah membuka jalan kepada Presiden Perkasa Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusinya berhadapan Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat.

Sebelum ini, Umno telah menamakan timbalan ketua bahagian Che Johan Che Pa sebagai calon di Pasir Mas .

Tetapi Che Johan, yang hadir di pusat penamaan calon pagi ini, tidak memfailkan kertas itu. Tidak sia-sia Ibrahim membawa Mahathir ke Pasir Mas baru-baru ini untuk menonjolkan dirinya, konon mantan PM selaku penaung Perkasa mampu memberi tekanan kepada Najib menyebabkan Che Johan menarik diri di saat akhir hingga menyebabkan Tuk Pa seakan terkejut bewak. Kah kah kah aku rasa macam nak berguling dengan berita ini.

Padahal segalanya adalah sebagai satu tipu muslihat UMNO yang dirancang sejak dari mula lagi. Perkara ini memang sudah diketahui oleh ramai pengundi di sini, tidak mungkin Ibrahim Ali yang begitu banyak membuat (onar) dan siri tunjuk perasaan akan dipinggirkan begitu sahaja.

Patutlah Ibrahim Ali (orang pertama yang dihubungi Timbalan Perkasa- Zulkifli Nordin) yang memaklumkan beliau bertanding atas tiket UMNO, sedikitpun tidak mengecewakan Ibrahim Ali. Dia sudah tahu bahawa dia juga demikian. Perbuatan menyembunyikan nama Ibrahim dari pengetahuan umum sebelum hari penamaan calon yang sebenar adalah untuk mengaburi mata pengundi yang rabun sahaja.

Najib tidak berani nama Ibrahim yang sangat rasis di hebah secara terang-terangan kerana takut orang bukan Melayu akan menyetok, dan pulau nama Ibrahim Ali. Najib yang melaungkan slogan 1Malaysia terpaksa melanggari prinsipnya sendiri untuk berbohong kepada rakyat apabila berpura-pura menamakan Che Johan tetapi hakikatnya Che Johan hanyalah menjadi 'binatang ternakan' Ibrahim Ali sahaja. Dari mula Najib tidak berniat demikian.

Dalam portal di sini hebah mengatakan bahawa:

Ia adalah satu sandiwara [CHARADE] membiarkan pertandingan Ibrahim Ali dalam perjuangan menentang calon PAS. Najib sekali lagi menunjukkan kecekapan menggunakan muslihat dan gutlessness beliau membentangkan pendustaan kepada rakyat dengan konon satu kebenaran.

Dengan gunakan muslihat bodoh itu Najib hakikatnya sudah tidak layak menjadi perdana Menteri, beberapa hari lalu Najib berkata, "Jika anda suka saya, sila membantu saya". Benarkah Najib merayu kepada rakyat untuk menunjukkan kejujurannya? Padahal Najib adalah pembohong yang terang-terang suka menipu rakyat.

Sebelum ini Ibrahim Ali telah terlibat dalam rentetan kontroversi, dengan yang terbaru seruan beliau untuk membakar Bible bahasa Melayu yang mengandungi perkataan Allah. Ibrahim Ali dikecam dalam banyak portal bukan Melayu telah dianggap oleh orang bukan Islam sebagai Pelampau Agama. Manakala UMNO berpura-pura menjauhi Perkasa.

Pemerhati tertentu mendakwa bahawa UMNO sangat terdesak untuk menenangkan orang bukan Melayu di samping mahu membela Melayu. Hakikatnya sikap ekstremisme untuk pertahankan Melayu telah disalurkan secara terus kepada badan bukan kerajaan (NGO) buktinya tiada siapa dari pemimpin-pemimpin pergerakan NGO negara didakwa di mahkamah kerana kenyataan yang menghasut oleh mereka.

Walaupun Mahathir telah mempertahankan Perkasa atas alasan bahawa kumpulan-kumpulan seperti ini wujud berikutan kegagalan Umno untuk mempertahankan hak-hak Melayu. Ibrahim yang terkanal dengan label "katak" kerana kecenderungan beliau untuk lompat parti. Hingga kini Ibrahim masih terpaksa bertanding atas parti Bebas, kerana perbuatan Ibrahim dulu masih tidak dimaafkan oleh sebahagian besar penganut UMNO.

Pada pilihan raya umum 2008, bekas ahli majlis tertinggi Umno ini memenangi kerusi parlimen Pasir Mas di bawah tiket PAS selepas menewaskan Ahmad Rasdi Mahmed dari BN-Umno dengan 8991 undi majoriti.

Che Johan Che Pa yang mula mencari pengalaman sebagai calon telah dijadikan korban permulaan kepada UMNO, beliau sendiri dari awal sudah mengetahui perkara ini, bahkan beliau sanggup diperkotak-katikkan dengan harapan suatu hari nanti beliau akan menjadi calon kerana mengharapkan balasan dari UMNO. Inilah harga yang perlu UMNO bayar kepadanya.

Benarkah Che Johan Che Pa juga menerima sebahagian bayaran untuk melakukan tugas Kamikaze ini? Jika benar UMNO jujur kenapa tidak guna nama Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas - Hanafi Mamat atau Ketua Bahagian UMNO Rantau Panjang - Abdullah Mat Yasin? UMNO selamanya menang dengan kaedah menipu sahaja,sama juga dengan insiden Lahad Datu.

Kisah yang menyayat hati juga turut berlaku di Selangor terutama kerusi Shah Alam, amat panas sekali kerana sekali lagi penganut UMNO tertipu kepada Najib apabila Naib Presiden Perkasa Zulkifli Nordin dinamakan sebagai calon bagi Shah Alam, majoriti kerusi Melayu-Islam.

Zulkifli, bekas ahli PKR , mendapat perhatian selepas video dia menghina dewa Hindu menjadi viral di You Tube.

Pencalonan beliau sangat mengecewakan MIC, pengarah strategi S. Vell Paari memberi amaran bahawa ia boleh membawa kepada respon memulau pilihan raya daripada pengundi India.

Walau bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempertahankan Zulkifli sebagai calon yang berkaliber dan menegaskan bahawa beliau telah meminta maaf atas kenyataan beliau.

Zulkifli, bekas MP Kulim Bandar Baharu , akan menghadapi PAS penyandang Khalid Samad di Shah Alam.

UMNO semakin tertekan hingga sanggup mengorbankan anak sendiri demi medapatkan kuasa. Akhirnya Timbalan Ketua Wanita UMNO sendiri akan menentang UMNO setelah tidak dicalonkan.



PAKDOE ALLAN

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik dari calon PAS yang cuba membawa ajaran sesat seperti bapanya, "ALLAH mengarahkannya supaya menuju Ke Putrajaya". Jphan Che Pa lebih mulia dari golongan yang menggunakan Islam untuk tujuan berpolitik.

Next Previous Home
hostgator coupon code