Selasa, 5 Mac 2013

TOK DALANG WAYANG KULIT KANCAH DI LAHAD DATU SUDAH DIKENAL PASTI...DIA NI LAH PUNCA SEGALA MURSIBAT DI LAHAD DATU...




Risikan antarabangsa tidak menolak kemungkinan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad terlibat secara langsung dalam insiden pencerobohan yang berlaku di Lahat Datu dan Sandakan, Sabah.

Sumber tersebut turut mengatakan bahawa perancangan 'menjual' Sabah kepada waris kesultanan Sulu telah lama diusahakan antara Tun Mahathir dan waris kesultanan Sulu.

Menurut sumber yang berpusat di Basilan, Kepulauan Sulu itu lagi, dana asing dipercayai dari Israel telah disalurkan kepada Mahathir sejak pemerintahan regim diktator Marcos bertujuan untuk memberi kerakyatan Malaysia kepada pendatang warga Filipina adalah asas kepada pencerobohan di Sabah. - Telavinews

P/S: AKU TERINGAT DENGAN DOA FADZIL NOOR....SEMOGA UMUR MAHATHIR DIPANJANGKAN UNTUK MELIHAT KEJATUHAN UMNO....NAMPAKNYA PERKARA INI BENAR-BENAR MENGHAMPIRI...TUNGGU DAN LIHAT APA KOMEN 'DUNIA' SELEPAS INSIDEN INI....

MELIHAT KEPADA PERKEMBANGAN SEMASA ISU INI AKAN MENJADI TAPAK UNTUK ISRAEL DAN USA MENCARI TAPAK DI MALAYSIA UNTUK DIJADIKAN MARKAS KETENTERAAN MEREKA....HARAP BUKAN DEMIKIAN...!!!



MANILA – Dalam satu kenyataan terbaru, Sultan Jamalul Kiram III menegaskan, beliau bukan sahaja mahukan campurtangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), malah campurtangan daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam insiden pencerobohan yang diterajui beliau, yang kini sedang menular di pantai timur Sabah.

Menurut laporan ABS-CBNnews, memetik Kiram sebagai berkata, pihaknya telah hilang keyakinan dengan pentadbiran Benigno Aquino, kerana tidak merasakan Aquino dapat membantu dalam tuntutannya mendapatkan Sabah.

Mengenai langkah selanjutnya, Kiram berhasrat mendapatkan bantuan daripada badan-badan antarabangsa dan dua kuasa besar dunia itu. Katanya, kali terakhir isu tuntutan Sabah ini di bawa ke perhatian PBB ialah pada tahun 1960-an, ketika Filipina di bawah pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal.Sementara itu, menurut laporan GMA News Filipina, seorang lagi individu tampil untuk menuntut Sabah.

Dua dari kiri Merriam Kiram Dikenali sebagai Puteri Merriam Kiram, beliau turut menawarkan diri untuk menjadi utusan atau orang tengah kepada krisis yang membabitkan pasukan penceroboh bersenjata Sulu di Sabah.

Merriam adalah balu kepada Mahakuttah Kiram, Sultan Sulu ke-34, justeru menggelar dirinya pewaris tepat untuk menuntut Sabah.Jamalul Kiram III adalah sepupu kepada Mahakuttah.

Apatah lagi kedutaan Malaysia di Filipina sudah ditutup kerana demonstrasi yang mengecam tindakan tentera oleh Malaysia terhadap penceroboh Sultan Sulu.

Jika ini berlaku maka rosaklah identiti Malaysia, kiranya PBB mentakrifkan bahawa Malaysia bukanlah tempat yang selamat untuk melabur dan sebagainya....rosak binasalah dek kelemahan pentadbiran UMNO. Laksana "Sultan Mahmud mangkat dijulang".

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code