Khamis, 14 Mac 2013

TIAN CHUA DILANYAK HABIS DENGAN GENG UMNO YANG TAK RETI BACA BUKU.....



Tian Chua mengaku tak bersalah, dikena ikat jamin RM5,000

KUALA LUMPUR 14 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut akta hasutan ekoran kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas Ahli Parlimen Batu itu.

Tian dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.

Ia susulan kenyataannya yang dimuat naik dalam portal berita rasmi KEADILAN, Keadilan Daily pada hari yang sama.

tian mahkamah

Beliau diwakili peguam Latheefa Koya, N Surendran, William Leong, Eric Paulsen dan dua lagi yang lain.

Pendakwaan pula diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohammad Hanafiah Zakaria.
Mahkamah menetapkan perbicaraan kes pada 12 April.

P/S: INILAH KESANNYA BILA TAHAP PEMIKIRAN RENDAH DAN POLITIK KOTOR MENGHANTUI MASYARAKAT MALAYSIA. MEREKA TIDAK BACA, TIDAK DENGAR YANG SEBENARNYA....SEBALIKNYA MENABUR FITNAH SEMATA-MATA....YANG RODAK HARTA MELAYU, RAKYAT MELAYU TAK PULA DIDAKWA...!!!

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code