Rabu, 6 Mac 2013

SOALAN WARTAWAN YANG MEMBUNUH KARIER KHAIRY JAMALUDDIN


MENGAPA wartawan bertanya soalan yang demikian? Soalan ini juga telah menyebabkan banyak perkara bakal terjawab. Malah inilah pula jawapan yang membunuh karier politik KJ sendiri. Jahat wartawan ni, soalan maut saja. Apakah soalan itu? baca seterusnya...

Jawapan ketua pemuda UMNO yang mendesak dan menggesa secara paksa kerajaan pimpinan UMNO mencari dalang dalah kancah peperangan di Lahad Datu bakal memberikan jawapan yang memalukan. Banyak bukti yang dikemukakan telah tidak menyebelahi UMNO. Apatah lagi sultan Sulu itu sendiri adalah ahlul UMNO. Terjerat lagi UMNO sekali ini.

Jika benar perkara ini dilakukan siasatan, tidak syak lagi dalam isu ini siapa sebenarnya dalang sudah lama terjawab. Jika sekadar ingin bermain wayang dengan menunjukkan sikap berani yang semberono. Menunjukkan sikap tidak mahu mengaku hakikat, memberi jawapan "mendesak" kerana mahu menjadi calon dan menang pilihan raya. Sebenarnya langkah ini sama sekali langkah menjerat maut.

Persoalan politik yang menjurus kepada siapa yang menjadikan warga Filipin sebagai rakyat Malaysia yang kemudian telah menderhaka dan mengisytiharkan perang kepada kerajaan sudah tentu perkara ini bakal mengheret bukan orang lain tapi orang nombor 1 waktu itu. Mana lagi nak sembunyi diri. Paling hebat KJ mungkin lebih arif kerana diperkhabarkan keluarga Raja Sulu itu juga merupakan sebahagian dari sedara-mara KJ sendiri.

Atau apakah KJ akan menggunakan kaedah "suap" untuk tutup mulut penceroboh kerana maklumlah sedaranya yang boleh dihandel dan meminta sedaranya itu untuk menuduh pembangkang, maka ini sekali lagi membuktikan 'wayang' yang jitu telah dimainkan. Banyak perkara yang telah membongkarkan pembabitan UMNO ini setelah pendedahan yang dilakukan oleh pihak Raja Sulu mengatakan kedatangan mereka adalah disebabkan ingin menuntut "janji" yang telah dibuat oleh Najib untuk diberikan tanah kepada mereka.

Desakan seperti ini ternyata telah membuatkan KJ tersepit dan terpaksa menjawab perkara yang menjerat diri sendiri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa rakyat Malaysia menyokong apa juga tindakan untuk mencari dalang dalam tragedi pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sekaligus mengheret golongan itu ke muka pengadilan.

“Malaysia juga harus menyokong apa sahaja usaha untuk membawa mereka ke muka pengadilan sebab ada bukti saya harap mereka tidak terlepas,” katanya.

Seramai 70 ahli-ahli Pemuda UMNO hadir dalam majlis tahlil pejuang negara yang terkorban di Lahad Datu.

Ditanya mengenai tindakan kerajaan Filipina yang akan menyiasat dalang dalam insiden berdarah itu, Khairy berkata sekiranya ada bukti dalang itu harus dibawa kemuka pengadilan.

“Kalau ada bukti mereka yang dibelakang tabir yang menjadi dalang pada pencerobohan ini saya rasa bukan setakat Kerajaan Filipina tetapi kalau rakyat juga harus berbuat dekimian”.

Ahli Parlimen Rembau itu ditemui dalam majlis tahlil khusus buat 8 pejuang negara yang terkorban di bumi Lahad Datu dan Semporna anjuran Pemuda Umno Kebangsaan di Surau Ar- Rahman di PWTC pada malam Isnin.

Majlis tahlil diketuai Ustaz Mohd Wakil Zainal Abidin, selaku imam Surau Ar-Rahman.

Dalam majlis yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO turut mengampaikan sumbangan RM10,000 kepada Tabung Wira lahad Datu daripada Kumpulan Media Prima.

Sumbangan disampaikan wakil Berita Harian, Luqman Arif Abdul Karim.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.


Andai benarlah desakan KJ ini diambil pot oleh Najib, sama-samalah kita tengok siapa sebenarnya yang kena....kita tengoklah nanti...!!!

PERSOALAN YANG BAKAL MAKAN DIRI :

1: Filipina sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino.

2:“Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor viva.co.id hari ini. Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.

3: Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I. Ismael tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan kepada orang lain. Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram I.

4: Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”. Ismael II juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan dan Sabah sejak waktu itu.
“Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan,” kata Esmail.

5: Dengan menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.

6: Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II. “Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino.

7: Kerajaan Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960an.

Kesimpulannya tunggu dan lihat...


PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code