SEMAKIN lama menangguh PRU maka semakin hangat tanda tanya dan persoalan yang menjadi misteri. Sikap berdiam diri dan cuba mengalih isu sebenar semakin membingungkan. Sebaliknya mengutuk dan menekan pembangkang dijalankan dengan begitu aktif sekali. Soalnya mengapa ini masih berterusan? Apakah dengan menyembunyikan perkara yang berlaku cukup memberi jawapan bahawa beliau tidak terlibat. Diasak dan diseru untuk berdebat sama sekali tidak berani. Jadi, mana kredibiliti sebagai orang nombor 1 negara?
Ini bukan soal memberi bantuan kepada rakyat, ini bukan soal JANJI DITEPATI...tapi ini soal mengapa persoalan yang ditanya dan diaju masih tidak terjawab. Apakah Najib benar-benar terlibat dalam segala tuduhan terhadapnya? Jangan berdiam diri. Jawab dan beri penerangan dengan betul.
Apakah dengan berbuat demikian maka rakyat akan lupa sejenak perkara yang terus-terusan menimpa mereka?
Kertas putih dan sidang parlimen yang diminta dalam isu Lahad Datu juga tidak terjawab. Bahkan alasan dan alasan semata-mata. Kaitan dengan UMNO di Lahad Datu yang menyebut nama Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom sebaliknya hilang tidak terjawab setelah meragut 8 nyawa. Setelah amaran "Jangan dengar khabar angin" oleh menteri Keselamatan Dalam Negeri. Segalanya tidak terjawab.
Sebaliknya pemimpin UMNO sibuk buat jelajah Janji Ditepati, memberi bantuan atas dasar berjasa kepada rakyat. Tanpa sedar turut mengendung najis yang banyak bersamanya. Terlindungkah bangkai dan najis yang ditutup dengan spray minyak wangi dan ridsect semata-mata?
Masih tidak nampak agaknya tawaran yang baik yang bakal diberikan kepada rakyat oleh pembangkang? Mengapa begitu jumud dan taksub kepada UMNO yang semakin jelas tidak menjawab soalan yang diberikan sebaliknya terus menyogok pemeriksa untuk lulus periksa. Cabaran untuk menjawab soalan ini sering dilemparkan oleh pembangkang tetapi mengapa isu ini akan dikaitkan pula dengan pembangkang.
Lelaplah diulit mimpi pembohongan dan penipuan yang selama ini dikecapi dengan kemajuan yang kononnya didakwa hanya UMNO yang berbuat demikian kepada rakyat. Sedangkan demi kuasa rakyat lupa mengapa IC diberi dengan begitu mudah untuk warga asing. Paling malang mendapat status bumiputera yang sama dengan orang Melayu, sedangkan Cina, India yang lebih lama bertapak di sini masih tidak mendapat keistimewaan ini. Masih jauh menggapai taraf tersebut. Mengapa ini masih berlaku? Demi kuasa dan demi wang segalanya sanggup berbuat apa saja. Tapi itu pula tidak sedikit pun menampakkan kekurangannya.
Sekali lagi Najib mampu mengintai peluang untuk diangkat menjadi hero negara dengan insiden di Lahad Datu yang mampu diatasinya. Tafsirannya ialah mendakwa segalanya dari pembangkang. Anwar dan Tian Chua dikecam membuta tuli, tapi lupa kelemahan menterinya. Setelah terkorban nyawa, Najib sekali lagi mencuri tumpuan dengan mengatakan jangan politikkan isu keselamatan negara. Apa makna semua ini?
Selasa, 12 Mac 2013
SETELAH PENDEDAHAN DEEPAK, P. BALA DAN BAPA SAIFUL....NAJIB MASIH MEMBISU...MENGAPA???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan