SETELAH masuk hari yang ketiga isu sensasi pengakuan bapa Azlan terhadap konspirasi liwat II berkumandang di segenap corong media, namun tiada satu pun kenyataan berkaitan isu ini dilontarkan oleh ulama UMNO. Antara mereka yang lantang memberi pandangan sudut hukum-hakam sebelum ini, seperti Harussani, Noh Gadut, Fatul Bari, Mashitah Ibrahim, Ustaz Kazim dan sebagainya.
Mereka seronok memberi 'fatwa' dalam berbagai bidang keagamaan seperti hukum hudud, hukum kalimah Allah dan sebagainya. Tapi mana hilangnya mereka bila bab berkaitan kesaksian fasik dan palsu. Bersumpah dengan kalimah Allah dengan berbohong dan permainkan institusi keagamaan demi meraih keuntungan politik. Mana mereka? Mengapa mereka berdiamkan diri?
Sepatutnya kenyataan mereka harus mendahului sesiapa saja dalam bab ini. Tapi tidak. Mereka turut melarikan diri bersama kitab mereka. Kecilnya kepala mereka dalam bab ini. Merujuk pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim semalam yang mengaku kes liwat kedua terhadap Anwar adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN itu.
“Saya nasihatkan, sesiapa yang rancang kes ini, kembali ke pangkal jalan, takut-takut lebih banyak lagi perkara yang Allah dedahkan dari jalan yang tak disangka-sangka,”
“Beliau perlu meminta maaf dengan Anwar dan keluarga, dan juga perlu bertaubat kepada Allah kerana hanya Allah yang layak hilangkan gelaran ‘fasik’ ke atas pembuat dan penyebar fitnah,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan.
Amidi berkata, kesalahan melakukan kesaksian palsu merupakan satu kesalahan jenayah syariah yang disebut jelas dalam Al-Quran.
Beliau menjelaskan ulama seperti Dr.Yusuf Qardawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa kes Liwat II ini termasuk dalam kes qhazaf yang sepatutnya dibicara di mahkamah syariah.
“Kesaksian palsu adalah jenayah yang besar, bukan hanya pembuat kesaksian, pihak yang percaya dan menyebarkan juga tidak layak diterima kesaksian mereka selama-lamanya,” kata Amidi.
Beliau bagaimanapun memuji keberanian Azlan tampil menyatakan kebenaran walaupun kesalahan itu dilakukan anaknya sendiri.
Amidi dalam pada itu turut meminta majlis Ulama mengeluar dan menyebar panduan kepada masyarakat tentang hukum kesaksian palsu kerana ia termasuk dalam dosa besar.
“Masyarakat perlu diberi panduan jelas tentang beratnya melakukan sumpah dengan nama Allah, memberi kesaksian palsu dengan tujuan kepentingan politik adalah dosa besar,” Kata Amidi.
Malangnya Majlis Ulama tidak bekerja dalam soal ini, kenapa? Sebab ianya tiada kaitan dengan keuntungan politik UMNO.
Larilah semahumu wahai ulama pro-UMNO kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.
1 comments:
megikut firasat aku mmg anwar dan saipul dah sepakat suruh ipul tu buat lapuran tu,sebelum tu siap2 gambar ipul pi jumpak najib,dan kes tu bebudak pun tau ipul takan menang,tp disebabkan jumpa najip...menjadilah utk meletakan umno atau bn yg buat kopirasi,klu dia sumpah kena tunjal dgn anu..mmg pun gamaknya tp ...abih tu cariklah mangsa bn ker umno ker..asalkan menunjal tu bebas.
Catat Ulasan