PALING pelik parti politik sebelah UMNO ni, ajak untuk sidang tergempar parlimen tak nak, penjelasan fakta kejadian tak diumumkan dengan terperinci, konon dasar keselamatan. Apa punya kerajaan macam ni. "Cakap biar terghang" kata P.Ramlee. Anwar nyanyi lagu Sabah nak hilang dituduhnya Anwar sekongkol pengganas. Najib dan Rosmah nyanyi lagu Anak Kampung rupanya nak korbankan orang kampung.
Paling teruk bila Najib berjanji untuk beri tanah kepada pengganas Sultan Sulu, bila tak diberikan tanah maka mereka telah memberontak. Kenyataan ini diberikan oleh Misuari. Tapi Najib tidak berikan penjelasan dalam soal ini. Mengapa Misuari berkata demikian mesti ada sebabnya.
Mahathir bagi I/C kepada Sultan Sulu dan rakyatnya, hingga ada yang ditangkap tidak bergari kerana pakai baju tajaan UMNO berwajah Shafie Apdal. Pelik benar cerita ini. Namun rakyat terutama polis dan askar termasuk keluarga mereka telah diberi pandangan yang salah atau tidak faham mengapa situasi ini berlaku. Askar yang berjuang bermati-matian dan ternyata telah ragut 8 orang, bukan satu peristiwa yang kecil. Mengapa pula media dan rakyat yang tidak dapat berfikir mengapa pembangkang begitu proaktif dalam soal ini? Sebab yang salah ialah menteri dalam negeri dan perdana menteri Malaysia yang lembab dan tidak buat kerja.
Sibuk menabur janji kosong. Tanah yang dijanjikan tidak diberikan kepada Sultan Sulu. Akhirnya apa yang berlaku telah berlaku. Bila pembangkang cuba ungkitkan isu ini. Cepat-cepat UMNO kata pembangkang tidak hargai jasa polis dan askar. Pelik juga. Sedangkan yang tak buat kerja ialah kerajaan UMNO. Malangnya pembangkang yang kena sumpah seranah kerana cuba menyalahkan UMNO yang tidak buat kerja.
Orang ramai telah tahu kejadian ini ada sebab musababnya. Berilah penjelasan kepada persoalan yang dikemukakan bukan memberi jawapan tentang kejayaan operasi tentera sahaja. Tapi beri SEBAB dan MUSABAB kenapa kejadian seperti ini boleh berlaku? Bila pembangkang buat kritikan tengoklah apa yang terjadi kepada Tian Chua. Tak putus-putus dikecam. Konon Tian Chua mencapuri urusan keselamatan negara dan tidak menghargai jasa pejuang. Apa pulak ceritanya ni. Seolah sebab Tian Chua lah maka anggota keselamatan tersebut menjadi mangsa.
Sepatutnya yang perlu bertanggungjawab hingga kejadian seperti ini tidak berlaku ialah Menteri Dalam Negeri, dari mula lagi beliau berkata ini semua khabar angin. Bila cuba dikritik kelemahan ini. Maka UMNO melaga-lagakan rakyat dengan pembangkang.
PAS Sabah tuntut Najib jelas janji kepada Kesultanan Sulu
SANDAKAN: PAS Sabah memandang serius kenyataan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari mengenai kedatangan 180 orang tentera Kesultanan Sulu dari Filipina ke Sabah pada 9 Februari lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berdasarkan kenyataan Nur Misuari, kedatangan tentera Kesultanan Sulu itu lebih kepada untuk menuntut janji daripada Perdana Menteri untuk diberikan tanah atau penempatan kepada mereka khususnya di Sabah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, namun di sebalik janji itu telah tercetus tragedi berdarah di Lahad Datu sehingga lapan orang anggota keselamatan negara kita maut pada 1 dan 2 Mac lalu.
"Perdana Menteri perlu jelaskan perkara ini kepada seluruh rakyat Sabah khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya kerana tindakan yang dilakukan itu amat tidak disenangi oleh rakyat sebab amat membahayakan negara,” ujarnya.
Malangnya jika pembangkang berkata begini, tidak lama lagi ada yang kata pembangkng ini tipu dan sebagainya. Hingga mendesak kerajaan melucutkan kerakyatan sesiapa yang berbuat demikian. Sebaliknya orang yang diberi kerakyatan dengan mudah tidak langsung di pertikaikan. Tongong sungguh pemikiran puak-puak UMNO nih. Semakin huru-hara negara ini. Bubarlah parlimen jika rasa sudah kuat dan masih relevan. Jika ramai lagi yang masih tebal dan bebal dengan kebodohan maka UMNO akan menang lagi... Tapi jika rakyat sudah sedar dan cerdik...MAKA TUMBANGLAH PENGKHIANAT SEBENAR NEGARA >>>!!!
Jumaat, 8 Mac 2013
NAJIB PUNYA AUTAR, PEMBANGKANG KENA MAKI....BINAWE TOLL!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan