Isnin, 4 Mac 2013

NAJIB DUK SIBUK TABUR JANJI POLITIK...POLIS SIBUK DUK BERPERANG...MEDIA SIBUK DUK TUDUH ANWAR...PUNAH JAHANAM KERAJAAN MALAYSIA..


Nampaknya dengan keadaan ini memang benar apa yang aku katakan dulu semua ini adalah telah dirancang dengan teliti bila Najib jumpa dengan Sultan Sulu dulu. Bila nampaknya rakyat mula menolak UMNO maka situasi perang akan diwujudkan. Sekali lagi Najib berpura-pura dengan berdiplomasi dan takut dengan angkatan tentera Sulu yang mempunyai senjata nuklear tersebut. Adegan pertumpahan darah adalah satu perkara biasa pada zaman dulu untuk sesebuah kerajaan pertahankan wilayat berdaulatnya. Apa salahnya jika dipraktikkan pada masa kini. Israel dan Palestin juga sanggup menumpahkan darah untuk seinci tanah.

Perkara ini nampaknya tidak mudah diatasi dengan begitu saja, kesalahan Mahathir yang memberi ic kepada pendatang demi 'gila berkuasa' dulu telah menyebabkan senjata yang diciptanya makan tuan. Peristiwa berdarah ini bakal menjadi sejarah hitam dalam kanun pentadbiran UMNO selama lebih 50 tahun.

Filipina yang menentang sejak dari awal lagi penggabungan Sabah dengan Malaysia bakal mendapat restu dari kejadian ini dalam isu menuntut Sabah dari Malaysia. Rakyat Filipina menurut Aquino yang jadi pemaustatin tetap dengan 2 kerakyatan dianggarkan lebih 800,000 orang. Ini adalah asas kukuh untuk Filipina menjadikan Sabah sebagai sebuah dari wilayahnya. Cerita banyak apa guna, banyak maklumat yang boleh didapati dalam internet sekarang ini.

Namun apa yang sangat mendukacitakan ialah PM UMNO dan Malaysia masih sempat menyanyi lagu Anak Kampong dan berdondang sayang dengan Rosmah tatkala rakyat ditimpa musibah. Najib sibuk mencanang jelajah Janji Ditepati di seluruh negara demi meraih undi. Sedangkan anggota keselamatan pula sengit mempertaruhkan nyawa di medan perang. Najib tidak dapat membatalkan segala urusan meraih undi dengan mempromosikan janji ditepati padahal janji dengan sultan Sulu untuk diberikan tanah asal ianya berjaya di Sabah tidak mampu ditunaikan.

Akibat sibuk dengan jelajah dan program politik yang padat maka Najib dengan angkuh menolak sidang khas yang disarankan oleh pembangkang. Sebaliknya media terus-terusan menghentam pembangkang dan mengaitklan Anwar dalam insiden ini. Sikap tamak dan gila kuasa UMNO kini sudah mulamenular dan menjadi satu barah yang sukar dibendung lagi...Nasi sudah jadi bubur...

KENYATAAN MEDIA
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

4 MAC 2013
DATO’ SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN.

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN

YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

YB LIM KIT SIANG
Penasihat DAP


PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code