Khamis, 7 Mac 2013

MALAYSIA MULA DILANDA PERANG SARAF...TAPI MASIH TERKAWAL KAH KAH KAH!!!

Sabah diceroboh

KEJADIAN di Lahad Datu sebenarnya merupakan satu sejarah hitam dalam negara ini. Ianya melibatkan siri pertumpahan darah yang cukup menyayat hati. Perjuangan para perwira negara tidak harus dijadikan polemik. Kerana merekalah penceroboh dapat ditumpaskan demi mengelak kejadian yang lebih buruk. Tanpa pengorbanan mereka maka sesungguhnya hancur musnahlah negara ini.

Namun perkara yang berkaitan dengan peristiwa ini juga secara tidak langsung telah memberi satu tamparan yang hebat kerana media antarabangsa turut memaparkan imej yang tidak sedap dan tidak selesa dipandang oleh rakyat negara ini yang cintakan keamanan dan kedamaian.





Jangan hanya berani tunjuk perasaan mengutuk sesama rakyat sahaja. Sebaliknya maruah negara tercalar, bendera negara dipijak dan dilenyek dan gambar pemimpin nombor satu negara dibakar dipijak dan dihentak semahunya. Apa yang mampu kita buat dalam soal ini?



Sekarang media Filipina telah melancarkan perang saraf yang bertubi-tubi dengan menafikan kematian anggota askarnya, bahkan mereka juga berani menafikan gambar yang ditunjukkan oleh Menteri Pertahanan sebagai gambar tenteranya yang terkorban. Namun apapun selaku rakyat Malaysia kita jangan termakan dengan gejala perang saraf sebegini.

Apa yang cukup menyedihkan ialah bila peristiwa perang ini tidak benar-benar dikatakan 'serius'...namun siapa yang berkata demikian?



Kenapa tidak bergari??? Sedangkan ia adalah amat serius. PERANG NI!!!

Hingga kita menyebabkan ramai anggota yang terkorban...



Sebaliknya perang saraf hanya menimbulkan banyak kesangsian kepada rakyat jelata.



Paling teruk bila pengganas pandai pula pakai baju logo UMNO, wajah tokoh pada baju itu ialah Shafie Apdal...inilah perang saraf yang paling teruk dikerjakan pengganas. Memalukan penyokong sebuah parti politik negara.



Apa boleh buat sebab pakai baju logo UMNO maka pengganas ini tidak digari???

Bahkan harga minyak terpaksa dinaikkan demi menampung operasi ketenteraan di Lahad Datu. Berkuatkuasa tengah malam tadi, 7 Mac 2013, harga RON97 di naikan kepada RM2.90 seliter. Masih relevan, naik 20 sen (Sahaja). Masih murah kalau di banding kan dengan negara jiran. Kita patut BERSYUKUR....



Terima kasih Najib Razak. Janji Di Tepati!!

INILAH PERANG SARAF NEGARA...

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code