Ahad, 10 Mac 2013

LAPORAN POLIS TERHADAP TIAN CHUA....INI JAWAPAN BELIAU!!!

HARI ini sudah masuk hari yang ke 10 Tian Chua diseret songsang oleh gengn UMNO, PERKASA dan sebagainya yang konon mendakwa Tian Chua perkecilkan pasukan keselamatan. Kah kah kah...

Bacalah sendiri apa yang beliau kata, tapi itulah mereka ni tak tahu hujung pangkal terus serang membabi buta...jika benar apa yang TC kata tangkap saja, dakwa di mahkamah jangan buat gimik yang dikategorikan sebagai kurang siuman. Mengapa harus bertindak demikian. Sudah tidak tahu adatkah. Hingga mengganggu peniaga yang nak berniaga, dan kesesakan lalu lintas. Sehingga pelabur semuanya lari menyebabkan negara mengalami kerugian.

Namun dengarlah jawapan Tian Chua di sini...












PETALING JAYA 10 MAC: Editor dan wartawan Keadilan Daily, hari ini memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan kes melibatkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang diputar belit media arus perdana dan blogger tertentu, baru-baru ini.
Fazallah Pit dan Aisha Geoffrey berbuat demikian mengikut Seksyen 112 Kanun Keseksaan di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Petaling Jaya secara berasingan selama lebih 30 minit, sejak jam 2.50 petang.

Kedua-dua pegawai polis dari Johor itu datang ke Kuala Lumpur sejak semalam bagi merakam kenyataan Fazallah dan Aisha yang turut diiringi Eric Poulsen dari Lawyers For Liberty (LFL).

Kebanyakan soalan tertumpu kepada proses pemberitaan berkaitan kenyataan Tian Chua bertarikh 1 Mac lalu yang dimuat naik dalam Keadilan Daily sebelum laporan itu kemudian dimanipulasi pihak berkepentingan.

Mengikut pegawai polis yang merakam keterangan mereka, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Keadilan Daily adalah akhbar dalam talian kepada versi cetak, Suara Keadilan.

P/S: CERDIKKAH TINDAKAN BEGINI, SEDANGKAN TC KATA MKENGAPA NEGARA SENANG DIBOLOSI...TAPI UMNO PULA KATA TC MEMPERLEKEHKAN ASKAR YANG MATI DI MEDAN PERANG....KAH KAH KAH...HARU-BIRU....!!!

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code