Isnin, 4 Mac 2013
LAPORAN POLIS BERKAITAN PEMBABITAN DS ANWAR IBRAHIM TELAH DIBUAT OLEH TIBAI...BAGAIMANA PULA DENGAN PEMBABITAN NAJIB?
APAKAH pihak pembangkang hanya berdiam diri dalam soal ini? Mengapa setelah jelas pembabitan UMNO dalam kancah ini maka pembangkang harus berdiam diri? Pihak tubai telah menggesa suruhanjaya diraja bagi menangani masalah ini seolah orang benar-benar bersalah pada anggapannya ialah DSAI.
Pesuruhjaya Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Negeri Kedah Khairul Anuar Ramli berkata sehubungan itu, satu laporan polis berhubung isu pembabitan pembangkang dalam kes tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini petang ini.
Pemimpin pembangkang dikatakan menemui pihak Kesultanan Sulu sejak November tahun lalu dan tindakan itu mengancam keselamatan dan kedaulatan negara menyebabkan tujuh anggota pasukan keselamatan terkorban,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut.
Hadir sama Presiden Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah Saiful Ambar Abdullah Ambar bersama lebih 50 anggota dan penyokong badan tersebut.
Khairul Anuar turut membantah sekeras-kerasnya kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang mendakwa pencerobohan kes tembakan yang mengorbankan nyawa anggota keselamatan negara merupakan satu konspirasi Umno untuk menakut-nakutkan rakyat menjelang pilihan raya umum kelak.
“Pucuk pimpinan PKR harus bertanggung jawab atas kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan mengelirukan rakyat itu,” katanya.
Saya menyeru pembangkang agar membalas balik laporan polis tersebut dengan membuat laporan polis bahawa perkara ini adalah satu fitnah. Sebaliknya orang yang sebenar menjadi dalang dalam perkara ini adalah Najib Tun Razak.
TIBAI ini sepatutnya diajar dengan kecerdikan yang munasabah bukan kebodohan yang mengarut. Diharap perkara ini diambil tindakan segera oleh pembangkang. Jangan bertangguh lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan