Rabu, 6 Mac 2013

KINI UMNO MELAGA-LAGAKAN PIHAK KESELAMATAN DENGAN TIAN CHUA...


tian
LICIK sungguh permainan UMNO, apa mereka tak bacakah apa yang Tian Chua kata. Bacalah betul-betul, bukan soal mengaitkan sandiwara ini dengan kematian. Jangan nak guna taktik kotor dalam berpolitik. Malah kini media cuba mendesak pihak kerajaan agar melucutkan kerakyatan Tian Chua. Ini adalah skrip lama UMNO untuk menutup kelemahan pihak keselamatan yang gagal membendung penceroboh masuk ke negara ini.

Rakyat yang dengar bulat-bulat media UMNO terus terima kenyataan dan membuat penentangan terhadap Tian Chua. Modal lain dah tak ada. Sebelum ini cubaan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang, namun setelah merasakan kaitan itu tidak munasabah rentetan saman yang dibuat DSAI, maka buat masa ini mereka sedang menyiasat dengan 'tekun' masih adakah ruang yang terbuka untuk menyerang ketua pembangkang tersebut. Selagi ketuanya tidak kena mereka tidak berpuas hati.

Serangan dan laporan polis oleh berbagai lapisan organisasi dan individu yang juga didakwa dari penyokong PAS serta keluarga mangsa yang terlibat telah dibuat untuk mendesak Tian Chua ditangkap dan dilucutkan kerakyatannya. Inilah modus operandi UMNO. Tanpa sedikit pun ruang yang diberikan dengan adil untuk Tian Chua memberi keterangan dan duduk sebenar perkara tersebut.

Serangan sebelah pihak yang dimainkan oleh UMNO sebagai dalang untuk memburuk-burukkab Tian Chua adalah sesuatu tindakan yang tidak bermoral. Sebagai sebuah negara demokrasi sepatutnya tindakan yang adil mesti diberikan. Jika rasa tidak puas hati saman dan dakwa saja di mahkamah. Jangan memberi imej yang boleh mencetuskan suasana yang tidak cerdik. Mencerca dan mencaci pemimpin pembangkang kerana satu isu tanpa diberi keadilan media amat tidak wajar.

Teknik pancing undi dengan gaya jijik seperti ini tidak boleh dijadikan budaya dalam masyarakat. Jika dulu gambar Najib dan Rosmah dipijak, UMNO memainkan tindakan dengan mendesak agar penjahat itu ditangkap dan didakwa dengan dicerca semaunya sebelum itu. Bila kena pada pemimpin UMNO mereka akan gunakan berbagai medium untuk menutupinya. Sebaliknya bila kena pada pembangkang mereka juga gunakan berbagai kelengkapan untuk membongkarkannya sehingga menjadi sesuatu yang seolah Tian Chua yang bunuh polis terbabit. Sedangkan kesalahan orang yang bertanggungjawab sebenarnya membenarkan pengganas bermaharajalela dengan membuat rundingan yang terlalu lama sehingga memberi ruang untuk musuh merancang strategi dilupakan oleh rakyat yang termakan dengan umpan yang diberikan UMNO.

Kesalahan menteri dalam negeri yang lemah mengurus tadbir soal keselamatan nampaknya berjaya dikambus oleh UMNO dengan mengecam Tian Chua. Nasib Tian Chua semakin malang bila orang yang bertanggungjawab sebenarnya dapat melepaskan diri dan bebas melakukan kelemahannya lagi. Semakin lama UMNO tadbir negara, maka semakin hebat penipuan yang dilakukan...sehingga najisnya yang terguling-guling dijalanan pun masih mampu mempengaruhi orang ramai dengan mengatakan bahawa itu bukan najis tapi popia goreng. Lebih pelik, ada juga manusia bingai yang sanggup makan popiah yang dikatakan UMNO tersebut. Inilah Malaysia negaraku.

P/S: KALO YA PUN BACALAH BIAR HABIS...JANGAN NAK POLITIKKAN ISU INI....

PAKDOE ALLAN

1 comments:

pakdoe berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Next Previous Home
hostgator coupon code