Rabu, 13 Mac 2013

JACEL KIRAM MENGINTAI CINTA DENGAN RAKYAT MALAYSIA...

Sebaliknya terima kecaman dan makian teruk di Twitter

Jacel Kiram menyemak akaun Twitter di rumahnya di Taguig City.
Jacel Kiram menyemak akaun Twitter di rumahnya di Taguig City.

KUALA LUMPUR – Anak perempuan kepada Jamalul Kiram III yang menggelar dirinya, Princess Jacel Kiram menerima kecaman teruk dari pengguna laman sosial, Twitter sebaik dia memulakan kempennya di laman itu dengan nama @jacelkiram, hari ini.

Ada pihak di laman berkenaan melihat cubaan Jacel Kiram menyertai laman atas talian itu adalah untuk memperluas kempen bagi menyokong pencerobohan pengganas Sulu di Sabah, di samping cuba mendapatkan pengiktirafan untuk Kesultanan Sulu.

Pelbagai bentuk kecaman dan hinaan diterima Jacel khususnya daripada pengguna Twitter dari Malaysia yang berang dengan tindakan penceroboh-penceroboh dari Sulu yang setakat ini telah membunuh 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna.

Antara makian yang diterima Jacel Kiram ialah “@klubbkidd Kau dan keluarga kau patut faham yang kehadiran kamu semua tidak dialu-alukan. Kau mungkin sedang berkhayal yang kononnya kau mempunyai hak azali ke atas Sabah.” Turut kelihatan, rasa tidak puas hati terhadap tindakan penceroboh Sulu, “@FirdausAzil Askar kau datang, penggal kepala tentera kami, cacatkan tubuh mereka dan kau masih cuba tipu dunia bahawa kami yang kejam?”

Sebagai reaksi balas, Jacel Kiram berkata “Beritahu kerajaan kau, bagi balik tanah kepunyaan kami!”. Jacel turut meluahkan keyakinan bahawa keluarganya berhak ke atas Sabah, “Baca balik sejarah. Sabah tidak pernah jadi milik Malaysia! Mereka masih bayar sewa!”.



Penubuhan akaun Twitter Jacel Kiram itu turut mendapat reaksi susulan daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang berkata, “Banyak yang boleh ditafsir apabila Princess Jakel buka akaun Twitter di kala perang untuk menuntut “tanah pusaka”nya, dan 1 daripada 5 orang yang dia “follow” adalah Jennifer Lopez.”



Sehingga laporan ini ditulis jumlah “follower” Jacel Kiram telah melebihi 1,000 orang.

Jacel Kiram sebelum ini tidak lagi dibenarkan untuk menjadi jurucakap bagi pihak Jamalul Kiram III oleh pakciknya, Bantilan Esmail Kiram II atas alasan Jacel terlalu emosi di samping melanggar syariah sekiranya wanita bersuara lantang. – ABN News

PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code