Rabu, 27 Februari 2013

UMNO GAGAL TADBIR NEGARA HINGGA MAMPU DICEROBOH..KERANA SIBUK FIKIRKAN KUASA DI PUTRAJAYA...


Selaku sebuah kerajaan yang dipimpin oleh kuasa majoriti oleh UMNO, keadaan pencerobohan keluarga raja Sulu menuntut tanah di Sabah dengan membawa sekumpulan askarnya yang lengkap bersenjata memberi gambaran betapa lemahnya UMNO menangani situasi ini.

Sebaliknya menggunakan pendekatan yang agak lemah dan berdiam diri. Pengikut Sultan Jamalul Kiram III bertindak tidak mahu meninggalkan Lahad Datu, malangnya situasi terbaru perkembangan tersebut bakal menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan pusat. Tidak lama lagi berita yang mengejutkan tercetus dengan negeri Sabah bakal memberikan tanah kepada kerajaan Sultan Jamalul Kiram III.

Namun kisah pemberian tanah kepada warga asing oleh kerajaan UMNO tidak menjadi perkara yang asing kerana sebelum ini juga tanah KTM telah tergadai kepada Singapura selain Pulau Batu Putih yang gagal ditangani dengan bijak. Paling sedih Malaysia bertindak dengan menggunakan kerajaan Filipina untuk menyelesaikan kemelut ini.

Bagi Raja Kiram mereka sanggup mati sekiranya sebarang tindakan untuk menghalau mereka digunakan. Bahkan mungkin tidak lama selepas peristiwa ini raja tersebut akan menuntut semula takhtanya. Apa cerita ini semua? Itu baru berdepan dengan segelintir anggota yang menceroboh? Bagaimana jika jumlah tersebut agak besar?

Situasi yang lebih parah akan berlaku polis kini mengepung para pengikut Kiram di Lahad Datu dan memberi peringatan agar meninggalkan Sabah hari ini.

Menurut Presiden Filipina - Aquino juga berkata, Kiram dan para pengikutnya harus disiasat kerana tindakan mereka boleh mengganggu kerajaan Filipina. Kiram juga sudah diingatkan, jika mereka tidak mahu meninggalkan Lahad Datu, mereka akan menerima hukumannya.

“Bila anda (Kiram) memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan undang-undang akan digunakan untuk menegakkan keadilan,” ujar Aquino.

Hari ini, polis Malaysia telah diberikan lampu hijau untuk melakukan pelucutan senjata terhadap para pengikut Sultan Sulu di Sabah.

Filipina telah mengirimkan kapal angkatan lautnya untuk membawa pulang ratusan pengikut Sultan Sulu tersebut.

Anggota Tentera Diraja Kesultanan Sulu berkata mereka sedia mempertahankan diri jika Malaysia memaksa mereka keluar dari Sabah atas alasan ia sebahagian daripada tanah air mereka.

Isu ceroboh: Pengikut Sultan Sulu enggan tinggalkan Sabah - Terbakor

Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengumumkan bahawa mereka tetap berkeras enggan meninggalkan Sabah walaupun kerajaan Filipina menghantar kapal kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan yang menceroboh Lahad Datu.

Seramai 200 anggotanya kini berada di pantai Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
Dipetik portal Nation semalam, Setiausahanya, Abraham Idjirani berkata, kerajaan Filipina sendiri tidak merujuk terlebih dahulu kepada mereka untuk menghantar kapal.

“Kami sentiasa terbuka untuk mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.

Laporan itu berkata, Raja Muda atau Abiddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram kini mengetuai kumpulan yang berada di Lahad Datu.

Persoalannya dalam situasi ini, mengapa askar darat, laut dan udara begitu cuai sehingga mereka mampu menerobos negara ini dalam keadaan bersenjata? Mengapa baru kini mereka ingin menuntut tanah? Nampaknya mereka telah lama merancang berbuat demikian, bahkan unit risikan dan segala apa bala tentera tidak sedar perkara ini. Sebab UMNO terlalu sibuk untuk berkuasa dan mengerahkan tenaga kerja semata-mata berkhidmat untuk memastikan mereka menang pilihan raya sehingga terlupa bahawa negara sedang diceroboh oleh tentera dari negara asing. Lemahnya UMNO hanya mahu berkuasa semata-mata.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code