Khamis, 7 Februari 2013

'R' CABAR TOK PA BERDEBAT BERKAITAN ASAS TUNTUTAN ROYALTI.....GUANA GU??

Datuk Seri Mustapa Mohamed

LIMA hari lepas, Tok Pa yang digolongkan ke dalam golongan orang yang nusyuz terhadap negeri sendiri telah mengeluarkan kenyataan berhubung tuntutan royalti minyak kepada Kelantan. Klik di sini.

Akibat kenyataan yang kurang cerdik dari seorang yang didakwa oleh Najib sangat cerdik di Kelantan. Orang yang dapat memimpin perniagaan dunia dan antarabangsa. Pujian melangit Najib yang menunjukkan bahawa orang lain di Kelantan semuanya bodoh melainkan 4 orang, Mustapa Mohamed, Awang Adek, Annuar dan Ng Yen Yen, sekali gus menafikan TG Razaleigh Hamzah dan Incek Ibrahim Ali. Malangnya Tok Pa (Mustapa Mohamed) yang dilaungkan sebagai 'pintar' oleh Perdana Menteri pada sebahagian besar rakyat Kelantan sebaliknya berpendapat beliau hanyalah sebagai pengkhianat kepada negeri Kelantan.



KOTA BHARU: Anak muda Kelantan sekali lagi mencabar Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed tampil di pentas debat bagi membuktikan dakwaannya negeri ini tidak layak menerima royalti.

Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (R), Nazri Deraman berkata, sekadar kenyataan melalui media massa tidak memadai bagi merungkai isu tersebut.

“Janganlah hendak berdolak dalih pula dalam isu tuntutan royalti petroleum Kelantan,” katanya di sini semalam.

Semalam Mustapa dalam satu kenyataan media menyebut tuntutan royalti minyak dan gas di Kelantan perlu ada asas kukuh terutamanya aspek sempadan dan undang-undang.

Nazri berkata, pemimpin Umno terbabit perlu berani tampil di pentas debat bagi mempertahankan hujahnya dan bukannya sekadar syok membuat kenyataan melalui media massa.

“Sekiranya beliau yakin benar, saya cabar Tok Pa berdebat. Selagi beliau tidak memberi respon dan menerangkan fakta sebenar, rakyat Kelantan akan menganggap semua yang beliau cakap sebelum ini bohong,” ujarnya.

Menurutnya peta dan blok pengeluaran minyak dan gas termasuk peta sempadan Kelantan-Terengganu secara jelas menunjukkan ada asas yang kuat Kelantan menuntut royalti.

Nazri berkata, berasas sempadan laut 1987, Medan Lawit, Medan Jernih dan Medan Bintang berada dalam sempadan Kelantan-Terengganu.

Bagaimanapun Blok PM 302 seratus peratus berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan negeri lain.

Minggu lepas R juga menghantar surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan, Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk mengundang debat isu royalti minyak Kelantan.

Sementara itu di Pasir Puteh R akan memasang sepanduk berkaitan tuntutan royalti yang bertulis “This is Pasir Puteh Bumi Tok Janggut Listen..Listen..Listen.. Mana Royalti Kami?.

Turut dilekatkan pada sepanduk tersebut gambar Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anggota Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Shakur Sharrie berkata, sepanduk itu akan dipasang di Bulatan Tok Adam Selising malam esok sempena ceramah isu semasa.

Katanya, program tersebut akan menampilkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Manakala di satu sudut lain sekali lagi Tok Pa di cabar oleh Husam Musa...

Royalti: Husam ajak Mustapha dialog dalam forum terbuka

Salmah Mat Husain,

KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, akan menghantar surat pada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed, untuk mengadakan forum terbuka.

Menurutnya, forum terbuka yang bakal diadakan di mana-mana universiti akan membincangkan isu royalti yang telah dibohongi Mustapha, bersesuaian dengan pertemuan beliau bersama mahasiswa yang mengulas itu berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini tengahari tadi.

“Saya juga difahamkan Tok Pa ke universiti membohongi mahasiswa berhubung royalti.

“Saya nak cadangkan pada Datuk Pa, universiti ni tempat intelektual, kita boleh adakan forum secara ilmiah, jadi saya minta dia menghubungi mana-mana universiti supaya mengadakan forum terbuka antara saya dan Tok Pa,”ujarnya.

Katanya, dengan itu perbincangan cara ilmiah dapat dilakukan, di mana masing-masing dapat mengeluarkan hujjah.

“Dia boleh bangkang hujah saya, saya bagi hujah dan dia boleh bantah hujah saya. Orang ramai ni (penonton) adalah golongan cerdik pandai.

“Universiti adalah tempat yang baik untuk pertukaran pendapat secara terbuka, isu royalti isu terbuka, isu rakyat. Jadi Datuk Pa jangan berselindung, buat serang hendap senyap-senyap tak berani nak berdepan,”ujarnya.

Husam memberitahu, sekiranya Mustapha tidak sudi berforum dengannya, beliau akan mengambil alih tugas itu untuk memohon dengan pihak universiti supaya memberi ruang untuknya, sebagaimana universiti memberi ruang pada menteri itu untuk bertemu mahasiswa.

Jelasnya, universiti juga tidak patut menghalang kemasukkannya ke tempat itu, memandangkan beliau juga pemimpin kerajaan.

“Saya sebagai exco kerajaan Kelantan telah dipilih oleh rakyat, dan pemilihan serta perlantikan saya juga adalah sah,”ujarnya.

Tegasnya, undang-undang negara turut mengiktiraf kedudukannya sebagai anggota exco kerajaan negeri dan Tok Pa sebagai menteri kabinet.

Jadi, tambahnya status keduanya adalah sama dari segi layanan demokrasi, mahasiswa boleh dengar ucapan Tok Pa dan tidak ada sebab mereka tidak dibenarkan mendengar ucapan wakil dari Pakatan Rakyat.

“Hari ini saya akan menulis surat pada Datuk Pa berhubung cadangan forum bersama itu untuk mendapat maklumat berhubung persetujuan atau sebaliknya.

“Sekiranya beliau tidak bersetuju, saya juga akan menulis surat pada universiti untuk mengadakan program pertemuan sebagaimana Datuk Pa dengan mahasiswa,”ujarnya.

P/S: MENGAPA SETIAP KALI PEMBANGKANG INGIN MENGAJAK PIHAK UMNO BERDEBAT, MEREKA SENTIASA TIDAK SAHUT CABARAN...APA YANG MEREKA SEMBUNYIKAN...???

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code