Isnin, 18 Februari 2013

KAJIAN KEPUTUSAN PRU LALU....

Keputusan PRU12 (Tahun 2008) : Pakatan Rakyat (PR) VS Barisan Nasional (BN)....PRU13 (2013) Sengit Dan Panas...!!!









Ramalan Keputusan Pilihanraya Umum ke 13?
Berdasarkan ambilan daripada beberapa kajian pemerhati politik di Malaysia dan pemerhatian secara tidak langsung kami melihatkan iklim politik di Malaysia sejak akhir-akhir ini mengunjurkan jangkaan seperti di bawah :

1. Pakatan Rakyat akan terus kekal di Pulau Pinang
2. Kerajaan PAS akan terus memerintah di Kelantan
3. Kami juga yakin yang mana di Terengganu, Johor, Melaka, Sarawak dan Pahang, Barisan Nasional dijangka tidak mempunyai masalah besar untuk terus memerintah di kelima-lima buah negeri tersebut.

Pencapaian status quo parti politik sepertimana Pilihanraya Umum 2008 itu, sebahagian besarnya dijangka akan kekal status quonya dengan sedikit perubahan di sana-sini. Cuma……pengundi-pengundi Cina kami perhatikan menunjukkan satu perubahan yang ketara sejak Pilihanraya Umum ke 13 termasuklah :

1. Di Johor, ada beberapa kerusi panas yang sedang hangat dibincang di peringkat tertinggi pemimpin politik tanahair baik di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

2. 6 kerusi parlimen di Johor sangat menarik untuk diperhatikan. 6 kawasan Parlimen yang dikategorikan kawasan HITAM sekarang ini di negeri Johor adalah di Kulai, Kluang, Bakri, Gelang Patah, Segamat, Pulai.

3. 8 kerusi parlimen masing-masing di Sabah, Sarawak sangat menarik untuk diperhatikan.

4. Manakala Selangor dan Kedah, kami merasakan masih lagi kekal status quonya. Cuma….di Kedah akan menyaksikan Pakatan Rakyat akan kehilangan beberapa lagi kerusi kepada Barisan Nasional. Ini kerana dasar kepimpinan di Kedah tidak selari dengan masyarakat di Kedah kerana populasi di antara kaum yang agak ‘homogeneous’ berlainan dengan di Kelantan.

Perak antara negeri panas yang kami jangkakan bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Barisan Nasional & Pakatan Rakyat. Ada sesetengah pemerhati mengatakan Barisan Nasional akan mentadbir terus negeri Perak. Ada juga yang mengatakan Pakatan Rakyat akan menang dengan sangat tipis sepertimana yang berlaku pada Pilihanraya Umum 2008.

Walau apa pun, keputusan di tangan anda semua sebagai pengundi yang sah di hari mengundi Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

SUMBER

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code