Ahad, 24 Februari 2013

HEBOH CERITA FLORA ONG JUGA TURUT DIENTOT NAJIB...P. BALA JUGA TAHU


Flora Ong nyaris alami ‘nasib sama’ dengan Altantuya – Deepak

KUALA LUMPUR 23 FEB: Flora Ong, seorang individu wanita yang dinamakan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan semalam kerana didakwa memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, dipercayai hampir mengalami nasib sama dengan warga Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak mengaku menerima arahan daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk mencari Flora di rumahnya di Ampang bersama beberapa orang lain untuk dibawa menemui isteri Perdana Menteri itu.

“Rosmah marah apabila dapat tahu Flora dianugerah projek dari suaminya. Bagaimanapun, Flora enggan ikut untuk bertemu Rosmah kerana bimbang mengalami nasib sama seperti Altantuya,” dakwa beliau.

Deepak mendakwa, Rosmah mengarahkannya untuk mencari dan membawa Flora bertemu dengannya selepas mengetahui wanita berkenaan dianugerah dua kontrak secara runding terus oleh Najib Razak berdasarkan hubungan ‘rapat’ mereka.

Katanya, Flora dianugerah projek bernilai RM2 bilion di Sabah dan Sarawak yang dibayar pendahuluan melalui sebuah bank utama Amerika berpangkalan di Singapura manakala satu lagi projek ialah rawatan air di Lembah Pantai.

“Bagaimanapun, hal ini ‘reda’ beberapa hari kemudian selepas Setiausaha Kanan Politik dari Kementerian Kewangan, Datuk Zakiah Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenal Flora kepada Najib, dipecat.

“Saya juga diarah menyampaikan amaran kepada Flora supaya tidak berhubung dengan Najib,” dakwa Deepak yang enggan memberi butiran peribadi wanita berkenaan termasuk usia dan latar belakang, sebaliknya hanya mendedahkannya secara berperingkat-peringkat kepada media alternatif.

Deepak baru-baru ini memohon imuniti dari kerajaan Malaysia bagi membolehkannya membuat pelbagai pendedahan berkaitan salah laku Najib dan Rosmah tetapi beliau tidak yakin memperolehinya.



Mengikut semakan, Najib sebelum menyandang jawatan Perdana Menteri, kerap dikaitkan dengan skandal beberapa personaliti wanita terkenal termasuk penyanyi tempatan.

Beliau digembar-gemburkan dalam media ditangkap khalwat dengan seorang penyanyi di sebuah hotel di Port Dickson pada 1995 tetapi ‘terlepas’ dari sebarang pendakwaan.

Najib juga dikaitkan memiliki hubungan dengan Altantuya Shariibuu ketika menjalankan urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dan diuar-uar pernah makan malam bersama di Paris.

Bagaimanapun, rekod kedatangan Altantuya ke negara ini dipadam Jabatan Imigresen sebelum warga Monggolia itu kemudian diletup menggunakan bahan peledak C4 di Jalan Puncak Alam.

Sementelah setelah kepulangan Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang menghilangkan diri sejak 2009 dan pulang hari ini, sedia bekerjasama dengan Deepak Jaikishan bagi merungkai misteri pembunuhan Altantuya Shariibuu walaupun mengakui keberatan untuk berbuat demikian.



“Saya tak bercadang kerjasama dengan orang lain. Tapi jika dia (Deepak) datang kepada saya dan mahu bekerjasama, saya okay. Tapi, saya tak akan pergi kepadanya.

“Kerana SD (akuan bersumpah) pertama adalah benar. Saya ada semua maklumat, saya tahu semua,” katanya pada sidang media selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi, apabila ditanya pemberita mengenai kemungkinan itu.

Beliau tiba di KLIA kira-kira jam 6.30 petang tadi dari Chennai, India selepas menghilangkan diri sejurus selepas membuat akuan bersumpah kedua pada 4 Julai 2009.
Pada sidang media itu, Bala turut bersumpah atas nama kitab suci Hindu, Bhagavad Gita bahawa kandungan akuan bersumpah pertama benar manakala akuan bersumpah kedua, palsu.
“Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka,” katanya sambil menjulang kitab itu, sambil memohon maaf kerana membuat akuan bersumpah kedua hingga menimbulkan masalah kepada banyak pihak.

“Minta maaf kerana buat akuan bersumpah kedua. Minta maaf atas segala masalah yang timbul. Ia tidak benar,” katanya.

Ditanya mengenai Flora Ong, wanita yang dinamakan Deepak sebagai memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan membolot kontrak lumayan serta hampir mengalami ‘nasib sama’ dengan Altantuya, ia tidak dijawab Bala, sebaliknya R Sivarasa mencelah.
Ahli Parlimen Subang itu berkata: “Lebih baik ditanya kepada Deepak. Tak perlu tanya Bala. Flora adalah urusan Deepak.”

Bala kemudian mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menanti kepulangannya dan tidak menjangka menerima sambutan demikian di KLIA.

“Terima kasih semua. Saya tidak sangka terima sambutan sebegini. Saya sangat gembira,” katanya yang kelihatan sedikit sebak.

Ketibaannya disambut lebih 60 orang, antaranya Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan peguam, Americk Sidhu.

Sementara itu, Badrul Hisham berkata, SAMM akan mengadakan sidang media bersama Bala pada jam 8 malam pada 27 Februari di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
“Ia pentas pertama penampilan Bala untuk bercakap di hadapan rakyat Malaysia,” katanya.

P/S: TENGAH TUNGGU FOTO FLORA ONG YANG DISIMPAN DEEPAK UNTUK DIEDARKAN KEPADA UMUM...DAN SATU LAPORAN INTERPOL JUGA WAJAR DIPERTIMBANGKAN UNTUK FLORA ONG (JIKA BENAR WUJUD SEPERTI DIDAKWA DEEPAK) MENJADI SAKSI UTAMA KEPADA PEMBUNUHAN DAN KAITAN NAJIB DENGAN ALTANTUYA...

NAJIB BERSUMPAH TANPA MENYEBUT NAMA ALTANTUYA...MUNGKIN JUGA NIATNYA BERSUMPAH KERANA TIDAK MENGENALI FLORA ONG...BUKAN ALTANTUYA...



PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code