Jumaat, 15 Februari 2013

DUNIA NAJIB SUDAH TERBALIK...

INILAH ungkapan yang paling padan dengan nasib Perdana Menteri Malaysia. Sudahlah mendapat 'aib' gara-gara tiada sambutan oleh tamu istimewa yang begitu gah, konon ingin meraih undi kaum muda di Pulau Pinang. Ingin mengambil hati golongan muda Cina dengan menjemput Psy dengan bayaran menggunakan wang rakyat dengan begitu rakus sekali. Malangnya sambutan yang memalukan pula diterima.

Mana nak letak muka bila sekali lagi membiarkan taraf PM Malaysia berada jauh dibawah tapak kaki selebriti dari Korea ini. Rasanya di negara lain tak ada seorang PM pun yang berminat nak bersama-sama nak raikan seorang superstar seperti ini. Hebatkan Malaysia!!!

Dengan kos melebihi sejuta untuk semata-mata tarik undi di negeri pembangkang, dibawanya Psy. Ingat orang muda di sana senang dibeli ke?

Paling sedih bila tak kala memanggil nama Psy beberapa kali tanpa balasan...tersengeh-sengeh dan menjerit-jerit di pentas untuk makan lo sang atau yee sang. Namun tidak bersahut. Bahkan acara itu dibatalkan saja. Sungguh memalukan.



Apa sudah jadi? Duit habis tapi apa yang Najib dapat ialah 'bo layan'. Sungguh mengaibkan.

Beginilah terbaliknya dunia Najib.

Satu perkara yang nyata lagi menghairankan ialah tuduhan Deepak yang dikatakan oleh Turn Mahathir sebagai jangan layan dengan tuduhan tersebut, bahkan sepatutnya Najib yang menyaman Deepak kerana telah memfitnah beliau.

Sebaliknya, apa yang berlaku ialah Deepak yang saman Najib. Tuduh Najib dan saman Najib. Sangat menyedihkan. Sangat menyesatkan. Sangat terbalik.

Dunia semakin terbalik umpama roda yang berputar, sekali diatas dan kini sekali di bawah. Terbalik. Dengarlah nasihat di sini.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code