PERHATIAN KEPADA PENCACAI UMNO, NASIHATLAH NAJIB DENGAN CARA INI SUPAYA BARU DITERIMA SEBAGAI WIRA NEGARA, BUKAN DENGAN KERJA MENIPU SEPERTI DILAKUKAN SEKARANG....WIRA NEGARA....KAH KAH KAH...MALULAH SIKIT..ANWAR IBRAHIM AJAK DEBAT LARI TERBERAK-BERAK...WIRA NEGARA KONON....!!!!
Kepulangan Najib yang disambut 50,000 orang di lapangan terbang sekembalinya dari tanah Palestin telah dinobatkan sebagai pahlawan jihad oleh sekutu UMNO, sehingga budak sekolah dan bayi-bayi menyambut kepulangan Najib dengan teriak tangis yang menyentuh perasaan. Sungguh memilukan hati. Seolah tubuh-badan yang balik itu bukan Najib tapi mayat Najib yang telah terkorban di Gaza gara-gara perang dan mati syahid di sana.
Inilah keadaan yang tersirat untuk menimbulkan rasa keterlaluan dan taksub yang sangat hebat, Najib pergi berjuang di sana dan pulang dengan title "WIRA NEGARA". Bukankah nampak lucu perkara seperti itu. Tapi biarlah, asal nampak cerdik dan hebat di sisi UMNO dan gerombolannya.
Sebelum ini, ulama UMNO mentasdikkan bahawa rakyat Palestin mesti berhijrah ke negara lain untuk mengumpul kekuatan dan menyerang balik Israel. Bahkan mentakwilkan bahawa tiada jihad di sana. Peliknya Najib seorang wira, pejuang ummah. Kelakar sungguh poyo-poyo UMNO nih. Ummah mana yang Najib perjuangkan?
Jika ummah yang dikatakan ialah umat Palestin, mengapa pula Najib tak pergi jumpa pemimpin Fatah? Bukankah Hamas itu serupa saja dengan PAS kat Malaysia ni? Fatah tu pula macam UMNO...paling syok bila ulama UMNO kata tiada syahid di Palestin. Apa yang Najib perjuangkan? Sia-sia belaka.
Setelah mendengar ceramah dari ulama UMNO yang mahukan rakyat Palestin berhijrah untuk mengumpul bala tentera sebagaimana nabi buat dulu, maka eloklah sekiranya Najib membawa masuk seluruh rakyat Palestin itu ke Malaysia dan beri warganegara Malaysia. Kemudian undi saja UMNO. Ini baru dinamakan pejuang ummah. Fatwa ulama UMNO kata rakyat Palestin kena berhijrah, jadi Najib pula sudah melawat Palestin. Bukankah elok dibawa masuk saja rakyat Palestin itu ke Malaysia dan jadi pengundi UMNO.
Bila UMNO dan rakyat Palestin itu kuat, maka bolehlah sama-sama berjihad di sana. Baru ada kekuatan yang setara dan jika matipun baru mati syahid. Tidak sia-sia.
Perbuatan Najib membawa masuk rakyat Palesti sebagai satu penghijrahan baru boleh dianggap sebagai wira sebenarnya...bahkan dapat dinobatkan sebagai pemenang nobel keamanan.
Rakyat yang sokong Najib, memuja Najib sebagai 'hero'. Aku sungguh tak sangka. Rupanya Najib itu hebat, lebih hebat dari Hang Tuah, lebih bisa dari Iskandar Zulkarnain, mahupun Alexander The Great yang berjuang puluhan tahun. Untuk dapat title wira sejagat. Tapi Najib hanya berjuang dalam masa sejam setengah saja, sudah dapat title penyelamat ummah.
Aku rasa ummah Najib ni dah sesat aqiqahnya, bukan sesat aqidah. Buat sambutan yang besar-besaran menyambut kepulangan Najib, semua bakal calon 'winnable candidate' Najib tampil tunjuk muka di sana. Bukan sebab tunggu ole-ole dari Rosmah, tapi sebab takut tak dianggap sebagai 'calon boleh menang'.
Sekali lagi nasihat untuk Najib, berilah taraf warganegara kepada seluruh rakyat Palestin, biar mereka berhijrah ke mari. Suruh mereka pangkah UMNO, jangan pangkah PAS. Barulah Najib dianggap sebagai WIRA ANGKASA.
0 comments:
Catat Ulasan