Rabu, 20 Februari 2013

ARTIKEL INI KHUSUS UNTUK PENCACAI DAN PENJILAT UMNO YANG TEGAR...

UMNO pengkhianat sebenar: “Orang Melayu tidak perlu takut kepada DAP”
Hanipa Maidin


KUALA LUMPUR, 20 FEB: Orang Melayu harus menerima hakikat bahawa DAP tidak pernah mengancam kedudukan mereka apalagi agama Islam yang jelas diangkat sebagai Agama Persekutuan dalam perlembagaan negara. Malah, realitinya kini, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP kerana asakan dan fitnah jahat dari UMNO yang menuduh DAP anti-Melayu dan anti-Islam tidak benar sama sekali dan bohong.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, walaupun DAP mempunyai majoriti orang bukan Melayu dan Islam, parti itu tidak pernah mengancam kedudukan Melayu Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Hanipa, tohmahan jahat UMNO terhadap DAP sebelum ini bukan kerana parti itu mahu menjaga Melayu dan Islam tetapi mereka tahu bahawa perpaduan Pakatan Rakyat (PR) adalah malapetaka bagi mereka.

“Benarkah DAP mengancam kepentingan Melayu? Adakah DAP atau UMNO sendiri yang mengganggu gugat kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sehingga kedudukannya sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?,” soalnya dalam satu kenyataan.

Menguatkan hujah itu, peguam bagi PAS ini membangkitkan lagi beberapa persoalan siapakah yang menjadi dalang sebenar hingga menyebabkan kepentingan Melayu dan Islam negara ini terhakis.

“Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan? DAP atau UMNO? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputera yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu?

“Siapakah yang enggan menambah kerusi Parlimen dan DUN di negeri Kelantan dan Terengganu supaya boleh menambah kerusi orang Melayu semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat? Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu di Terengganu dan kini di Kelantan apabila wang royalti pertroleum di rompak di siang hari tanpa sekelumit rasa bersalah? DAP atau UMNO?

Ia termasuklah insiden mengheret institusi Raja Berperlembagaan ke kancah politik menjatuhkan kerajaan sah dan Menteri Besar pilihan rakyat di Perak secara terang-terangan. DAP hormati Islam, galak dan bela pendidikan Islam.

Tambah Hanipa, jika DAP tidak menghormati Islam, mengapa pula Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi peruntukan lebih besar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari peruntukan kepada Sekolah Cina dan Sekolah Tamil.

“SAR di bawah negeri yang diterajui DAP memperuntukkan secara purata RM 97,000 setiap sekolah sedangkan sekolah Cina dan Tamil hanya diperuntukkan secara purata RM60,000 dan RM63,000 masing-masing bagi setiap sekolah. Bukankah UMNO sendiri pernah menarik bantuan per kapita SAR?

“Lim Guan Eng juga mahukan ramai huffaz al-Quran dengan memberi bantuan kepada madrasah tahfiz selain penghargaan dan pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran.

“Lebih aneh lagi, elaun para imam masjid-masjid di Pulau Pinang jauh lebih tinggi dari elaun imam-imam di negeri-negeri UMNO. Mengapakah DAP yang dikatakan mengancam Islam suka elaun Imam tinggi manakala Umno yang “sayang” Islam lebih suka pula elaun Imam rendah?,” soalnya.

Dalam satu wacana bertajuk “Adakah dasar DAP mengancam Islam” pada Jun 2012 yang lalu anjuran Roketkini.com, panelis dari Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik berkata, setiap orang mempunyai aqidah atau pegangan yang berbeza, malah Islam mengajar untuk saling memahami dan hormat-menghormati dan berlaku adil.

“Bagi saya DAP tidak mengancam Islam sebab memperjuangkan nilai bersama seperti keadilan. Kebanyakan persepsi negatif yang timbul bersifat stereotaip dan ia dikeruhkan lagi dengan salah faham orang Islam sendiri terhadap Islam.

“Walaupun DAP telah berevolusi, persepsi itu masih ‘dijual’ sehingga sekarang. Ini sebab kita suka menyamakan Melayu dan Islam walhal ia berbeza,” jelasnya yang juga pakar dalam bidang politik Islam antarabangsa.

P/S: KALIMAH ALLAH SENGAJA DISENSASIKAN UNTUK MEMECAHBELAHKAN PAKATAN RAKYAT SEMATA-MATA...MANAKALA UMNO PULA BERDIAM DIRI DAN TIDAK PERNAH MEMBERI KENYATAAN BERKAITAN PERKARA INI. LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN...CERDIKLAH TU KONON.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code