Khamis, 31 Januari 2013

TURN MAHATHIR TUDUH ANWAR YANG BERI IC KEPADA WARGA ASING, BELIAU TIDAK TAHU...WADUHH...SEMAKIN MEROYAN...BAKAL DISAMAN ANWAR...!!!

KUALA LUMPUR, hari ini Turn Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan yang menuduh DS Anwar Ibrahim terlibat dalam pemberian IC kepada warga asing. Kenyataan yang dikeluarkan kepada media hari ini telah menimbulkan banyak spekulasi yang menafikan secara langsung bahawa beliau yang keluarkan arahan tersebut bahkan langsung tidak tahu-menahu dalam soal ini. Sebaliknya beliau menegaskan yang memberi arahan ialah DS Anwar Ibrahim. Peliknya kenyataan ini.

Sebelaum ini beliau mengaku memberi ic kepada warga asing bahkan menuduh serta mengheret sama Tunku Abd Rahman. Beliau mendakwa bahawa Tunku juga membuat perkara yang sama dalam kuantiti yang jauh lebih besar daripadanya. Kini Mahathir telah pusing U-Turn dan menuduh Anwar pula yang bersalah dan beliau tidak tahu langsung dengan perkara tersebut.

Beliau menegaskan bahawa mungkin dia tidak mempunyai bukti, tapi dia tahu yang Anwar adalah agen tersebut. Kah kah kah...

Sesungguhnya sebagai pemerhati politik, kenyataan yang berbelit seperti ini telah menjelmakan lagi kepada masyarakat siapa sebenarnya Mahathir. Spin Turn, jangan tak spin.

Namun harapan saya agar DS Anwar Ibrahim tidak boleh berdiam diri dalam soal ini, Turn Mahathir telah sekali lagi menuduh dengan niat jahat menjatuhkan kredibiliti DS Anwar Ibrahim. Eloklah kiranya Mahathir ini disaman saja. heret saja Mahathir ini ke mahkamah, dah melalut sakan dah ni. Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code