Rabu, 16 Januari 2013

TUN MAHATHIR SEMAKIN SASAU!!!




PATUTLAH sudah diberi pencen dan harta yang banyak sekalipun masih tidak puas untuk menjamu pedal dengan berbagai kontroversi politik. Alasannya masih mahu berkhidmat dengan IKHLAS untuk rakyat Malaysia. Jika dulu anaknya Marina turun bersama BERSIH 2.0, tapi akhirnya telah ditarbiyah dengan halus oleh Tun Mahathir hingga kini langsung tak nampak batang hidung. Mungkin kena pulas telinga kut.

Desas-desus yang mengaitkan proksi Tun Mahathir iaitu Deepak dan Musa Hassan telah dengan teliti memainkan peranannya bagi menjatuhkan orang yang menawan tampuk kerusinya dulu. Strategi politik Mahathir amat sukar dibaca oleh puaknya sendiri tapi amat mudah ditelah oleh bukan kalangannya.

Deepak juga tanpa backup yang kuat dari orang tua ini tidak mungkin berani semberono mendedahkan keburukan seorang PM dan bininya sebegitu rupa. Silap-silap dah lama jadi tengkorak kena c4. Sungguh menakjubkan peranan tali barut ini. Boleh bertukar warna bila-bila masa saja. Sekejap sokong pembangkang sekejap pusing. Tidak sukar untuk membacanya. Apa yang sangat menarik dalam situasi ini ialah harapan yang sangat besar telah dipertaruhkan oleh Tun Mahathir. Apakah harapan itu?

Tanpa perlu disembunyikan lagi kehendak sebenar beliau ialah untuk menjatuhkan Najib dan menaikkan Muhyiddin Yassin. Sekiranya ini berlaku maka sudah pasti anaknya Mukhris akan menjadi TPM. Pada masa inilah cita-citanya mula membuahkan hasil dan menjadi kenyataan, bintang timur menyala terang bila beliau mampu membuka suisnya,seraya mampu meletakkan anaknya pada landasan yang betul untuk mengikut jejak langkahnya. Sekurang-kurangnya boleh tutup mata dengan tenang, dan sampai maksud bukan terbeliak biji mata kerana hajat tak sampai. Analisis ini termaktub dalam simbiosis teori psikologi bahawa tiada seorang ayah pun di dunia ini (kecuali yang tidak normal)mahu melihat anaknya lebih rendah status dari dirinya sebagai seorang ayah.

Paling bodoh dapat samakan (like father like son) saja sudah memadai. Namun hajat untuk melihat anaknya dapat menandingi kehebatannya bukanlah suatu perkara yang mudah. Kerana ini bukan soal meniaga air nyiur tepi jalan, bukan berjual nasi kerabu atas merkit (dalam pasar). Tapi ini soal pegang jawatan no 1 negara. Ini soal berat. Sebab itu selagi masih ada kederat, pengaruh dan masa yang sedikit ini, maka inilah masanya yang sangat sesuai untuk menjodohkan anaknya dengan jawatan itu.

Perancangan yang teliti dan berstrategi begini tidak mampu dihidu oleh golongan listen, listen, listen.....listen sampai kojol. Mereka hanya tahu jadi pak turut sahaja. Hangguk-hangguk, geleng-geleng, pejam-pejam, jelir-jelir dan terjebek-jebek.

Tapi apakah mampu segalanya berjalan seperti yang dirancang dengan teliti itu? Semakin kelam atau gemilang tiada siapa yang tahu hujung pangkalnya. Setelah mengharungi satu hari yang panjang dan berbagai polemik Tun Mahathir dengan bangga dapat melepaskan diri dari berbagai bencana tersebut. Kini sekali lagi terjebak dalam isu pemberian ic mudah kepada warga asing untuk dijadikan rakyat Sabah.

Kisah terbaru yang dikaitkan dengan orang yang sudah mati amat menggemparkan banyak pihak. Sekali lagi menenggelamkan berbagai bukti yang bakal mendepani Tun Mahathir dalam menghadapi tekanan dan cabaran untuk meletakkan batu asas bagi anaknya dalam karier politik yang ulung. Mana mungkin orang yang sudah mati mampu bangkit dari kubur dan memberikan kesaksiannya. Selamat lagi beliau.

Apapun sekiranya dapat dibuktikan dengan saksi yang sedia ada sekali pun, perkara ini masih sukar untuk mengaitkannya, paling kuat beliau akan menyediakan beberapa ekor 'kambing kelabu' yang bakal disembelih seperti apa yang Najib pernah buat terhadap 2 orang pengebom berani bunuh tapi takut mati. Inilah kisahnya ada wang, apa pun boleh buat. Manusia boleh dibeli, kuasa boleh dibeli tapi malangnya diri, keluarga, bangsa dan negara terjual.

SUMBER

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code