Khamis, 17 Januari 2013

TUN MAHATHIR KEMPUNAN...KANTOIII !!!

Mahathir MohamadUSAH berdolak-dalik lagi. Semua orang dah tahu peranan yang dimainkan anda (Tun Mahathir) dalam isu pemberian IC percuma kepada warga asing ini. Jangan nak autar macam zaman rakyat bodoh dan pekak dulu. Jangan nak kencing dalam mata rakyat. Jangan melabelkan diri anda sebagai pejuang rakyat...sebaliknya anda adalah tidak lebih dari seorang penyangak dan pengkhianat kepada bangsa. Sebelum ini anda menuduh Tunku beri kerakyatan kepada 1 juta warga asing, demi apa? Demi mendapatkan kemerdekaan akibat UMNO takut berperang dengan penjajah. Keris kontot anda tidak bisa menghalau penjajah.

Sudahnya UMNO terpaksa akur dan menggadaikan maruah bangsa dengan memberi kerakyatan kepada warga asing, demi mencapai cita-cita bangsa Melayu iaitu sebuah kemerdekaan. Hakikatnya orang Melayu berjaya menghalau British dari tanah Melayu (walaupun ada kalangan profesor kangkung anda mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah). Akhirnya Malaysia bebas dari British (dengan syarat)orang Melayu terpaksa berkongsi kerakyatan dengan warga asing. Terpaksa mengiktiraf Cina dan India sebagai warganegara. Tanpa syarat itu mana mungkin anda dapat kemerdekaan. Anda mungkin tidak menjadi PM dalam hidup anda. Sebab keinginan yang melonjak-lonjak oleh UMNO, maka syarat yang diberikan dipatuhi, demi sebuah kemerdekaan. Apa alasan anda dalam soal ini???

Pemberian 1 juta kerakyatan kepada warga asing pada zaman Tunku adalah kerana UMNO ingin merdeka tanpa perang. Adakah ini satu jenayah bagi anda?

Sedangkan anda pula memberi kerakyatan kepada warga asing adalah untuk mengekalkan kuasa UMNO? Apa pula pendapat anda dalam 2 situasi ini?

Tunku terlepas dari dakwaan kerana sudah meninggal dunia.

Manakala anda juga bakal terlepas dakwaan kerana rakan merangkap orang 'kuat' anda Megat Junid juga sudah meninggal dunia.

Tunku bebas sebab sendiri mati, tapi anda bebas sebab orang lain mati.

Jadi apa bezanya watak anda dengan watak Tunku?

Bukankah selama ini anda mengatakan bahawa orang Melayu UMNO dulu sanggup bergolok-bergadai, sedia berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan? Hakikatnya apa yang mereka telah korbankan? Nyawa? Atau harta? Atau kedua-duanya? Apakah derma yang dikutip dan barang kemas yang diberikan rakyat bagi menaja Tunku naik kapal terbang ke London mengadap Ratu Elizabeth seraya merayu kemerdekaan negara itu adalah satu pengorbanan yang sangat bernilai? Jika bernilai mana pula pengorbanan yang anda lakukan untuk negara?

Malangnya di zaman anda. Anda "berkorban" dengan menjual maruah negara melalui pemberian kewarganegaraan kepada warga asing untuk anda terus BERKUASA. Bukankah janggal bunyinya? Bukankah jauh bezanya tu...

Anda kata,

“Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?" - sumber

Sendiri anda mau ingat dan pikir selaku mantan PM pengalaman anda memang luas, tapi kata-kata anda itu mempunyai banyak cabang perbezaannya.

Tunku (bagi ic) untuk halau British, manakala anda (bagi ic) adalah demi berkuasa. Sekali gus menafikan parti lain dari berkuasa, melainkan anda saja.

Lagipun sebab apa anda mahu sangat BERKUASA? Mahu sangat jadi PM sehingga berpuluh tahun. Untuk apa?

Apakah untuk rakyat atau untuk diri sendiri. Cuba anda renungkan sejenak. Apa yang rakyat dapat dan apa pula yang anda dapat?

Cuba anda bandingkan pemimpin seperti Nik Aziz dengan anda. Apa yang Nik Aziz dapat dan apa yang anda dapat?

Bukankah amat berbahaya perbuatan anda tersebut? Apakah anda kira dengan mengikuti saluran dan perundangan yang betul sekalipun, jumlah 40,000 ic percuma tersebut amat merbahaya. Sudahlah di zaman anda isu air dengan Singapura tidak dapat diselesaikan kerana anda takut dengan Lee Kuan Yew. Jual air kepada Singapura pada harga amat murah, sebaliknya jual air kepada rakyat sendiri pula mahal melebihi harga yang dijual kepada Singapura. Apakah anda kira ini satu yang melayakkan anda berada di sana sehingga berpuluh tahun sehingga sekarang (masih aktif berpolitik)?

Isu pencerobohan udara oleh askar Singapura sehingga kini masih belum selesai. Betapa takutnya keturunan UMNO seperti anda terhadap Singapura. Sudahlah pasukan bola sepak kalah teruk dengan Singapura. Kerajaan UMNO juga kalah teruk dengan Singapura, sehinggakan Pulau Putih Mata (Batu Putih) anda pura-pura tak nampak dan tidak pedulikannya sehingga mahkamah antarabangsa terpaksa menyerahkannya kepada Singapura? Atau apakah anda jual pulau tersebut secara tersembunyi kemudian pura-pura buat tuntutan bertindih. Kemudian bawa kes ke mahkamah, kemudian kalah, kemudian serah kepada Singapura. Rakyat masih buta dalam soal ini, tapi ramai juga yang tahu bahawa segalanya sudah dirancang dengan amat rapi sekali.

Begitu juga soal jambatan bengkok, mengapa Malaysia beriya-iya nak membinanya sedangkan 'gu lawan' di sebelah sana tidak mahu. Sekarang siapa yang rugi? Mengapa anda begitu takut dengan Singapura? Tanah sekangkang kera yang menjadi bahan sejarah terakhir milik Malaysia juga telah andai jual kepada Singapura. Apa masih hebat lagikah anda sebagai seorang pemimpin yang mendakwa membela rakyat, tapi makrifat sebenarnya anda menjual negara?

Mengapa begitu cuai sekali anda dalam soal ini? Sudahlah Singapura milik Tanah Melayu tergadai dan paling malang lebih maju dari Malaysia. Bahkan sudah merdeka gara-gara kegagalan UMNO menangani darurat. Akhirnya sedikit demi sedikit maruah negara tercalar kerana kerakusan UMNO yang dipimpin oleh anda. Sehingga kini tanpa diragui lagi usaha memberi kerakyatan kepada warga asing masih aktif dijalankan secara tersembunyi. Tidak syak lagi undang-undang yang anda cipta memberi keuntungan kepada UMNO sahaja. Cipta undang-undang untuk kepentingan kuasa kemudian mendakwa bahawa pemberian tersebut mengikut prosedur yang betul. Padahala yang buat prosedur itu adalah kumpulan anda.

Amat malu jika kita rasa apa yang dilakukan itu betul mengikut fikrian dan pandangan gerombolan kita sahaja. Sedangkan bagi pandangan orang yang lain, perbuatan tersebut adalah salah dan satu pengkhianatan.

Jangan sesekali meletakkan kesalahan itu terhadap orang lain. Jangan anggap kita sentiasa perfek dan sempurna. Manakala orang lain SEMUANYA SALAH.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code