Rabu, 23 Januari 2013

TAHNIAH...!!!! DATUK SERI MUHYIDDIN YASSIN SAH JADI PERDANA MENTERI KETUJUH

MENURUT kajian rambang yang dibuat oleh pakar topografi dan demografi politik. Muhyiddin berpeluang besar menyandang presiden parti berdasarkan kajian dan kecenderungan kalangan pimpinan UMNO hingga akar umbinya. Ini satu perkara yang sungguh mengejutkan banyak pihak terutama pelabur luar yang mula berkira-kira untuk memperlahankan strategi perniagaan mereka.

Kajian yang dibuat adalah berdasarkan sambutan yang amat luar biasa yang diberikan penyokong BN terhadap kehadiran Muhyiddin di Melaka. Seramai 300,000 orang telah menyambut dengan meriah dan berduyun-duyun memeluk dan mencium tangannya. Berebut-rebut macam ikan menyambar cacing. Hebat, DS Najib hanya mendapat jumlah kehadiran seramai 50,000 orang sahaja di Kota Bharu, dan ini menunjukkan perbezaan yang ketara.

Lawatan TPM ke Melaka adalah bukti yang jelas kehebatan beliau, jika tidak berbuat demikian maka tidak akan sempurnalah majlis...Buat apa? Kerah dan paksa semua kakitangan hadir ke majlis secara wajib...


Akibat sokongan yang hebat, ramai pengunjung yang tidak dapat duduk kerana berebut kerusi. Sungguh popular DS Muhyiddin Yassin sehari dua ini. Buktinya seperti gambar di bawah...



Terima kasih DS Muhyiddin...ANDA BOLEH......BOLEH BELAH...!!!!

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code