Jumaat, 11 Januari 2013

RAIS YATIM PIATU BERKOKOK....MENGAPA BARU SEKARANG BERTIMBANG RASA BANG???

MENTERI veteran ini tidak sewajarnya mengulas soal isu 'timbang rasa'. Mengapa baru sekarang kerajaan anda baru bertimbang rasa? Sebelum ini sudah jenuh siri perhimpunan yang dibuat oleh pihak yang "bertentang pendapat" dalam banyak isu keserakahan kerajaan. Sebaliknya selama ini ditentang sehabis-habisnya oleh pihak kerajaan. Jadi, di mana timbang rasa kerajaan. Apakah kerana menyedari riwayat sudah berada di halkum. Maka baru kini nak bertimbang rasa?

Usah nak autar begitu jauh dan ingin menunjukkan betapa kerajaan sekarang "betimbang rasa". Padahal kalau kerajaan Rais sekarang tidak mengizinkan perhimpunan ini sekalipun ia akan tetap akan berjalan. Tetap akan terlaksana.

Apakah Rais yang berkais kini sudah mula HANGIN dan sakit sendi tulang laksana sebuah lagu:

Anak itik Tok Wi
Mandi dalam kolam
Sakit apa Tok Wi
Sakit sendi tulang

Ubat apa Tok Wi
Ubat limau lelam
Sakit apa Tok Wi
Sakit sengal tulang



Sebab ini maka kini Rais yang berkais mahu 'tunjuk baik' konon. Tak payahlah. Terima Kasih sajalah...

PAKDOE ALLAN

SUMBER

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code