Jumaat, 11 Januari 2013

RAFIZI RAMLI ADALAH BUDAK JAHAT.....AKU SETUJU!!!


MEMANG benar aku setuju dengan dakwaan beberapa blogger proUMNO yang mengatakan Rafizi Ramli adalah budak jahat. Mulanya aku tidak bersetuju dengan ungkapan itu bahklan aku lebih suka mengatakan yang lebih teruk daripada itu. SEBAB APA?

Tahukah kenapa pangkat budak jahat itu kena dan amat sesuai diletakkan kepada Rafizi.

Sebab Pertama

Kerana pendedahan Rafizi berkaitan isu NFC, telah menyebabkan bekalan daging berkurangan di pasaran. Sedangkan NFC mendakwa bahawa 30% daging tempatan di pasaran adalah keluaran dari aktiviti perniagaannya. Akhirnya kerana NFC tidak beroperasi, maka kesannya dapat dirasai dengan segera oleh rakyat. Harga daging tempatan melonjak naik dari Rm20 sekilogram kini sudah mencecah Rm22 sekilogram. Bahkan daging itu pula tidak mencukupi. Buktinya datanglah melawat ke pasar Tanah Merah Kelantan. Bila ditanya kepada peniaga daging, mereka dengan selamba menjawab...lembu mahal, kerana kilang lembu yang besar telah ditutup. Aku juga terkilan dengan harga tulang yang dulu hanya berharga Rm10 sekilo tapi kini sudah mencecah Rm18. Bukankah itu sangat mahal, dan tidak mampu untuk dijadikan makanan bagi orang miskin seperti aku. Jawapan yang selalu diberikan ialah akibat pendedahan Rafizi ini. Kah kah kah...

Sebab Kedua

Harga susu lembu untuk bayi yang baru bersalin dan berbagai jenis produk tenusu telah meningkat naik dengan mendadak. Bayangkan, jika 2 minngu lepas aku beli susu bayi jenama Anmum langkah 1-untuk bayi 0-6 bulan berharga Rm45.90 tapi kini harganya sudah meningkat kepada Rm49.90. Bagaimana mahu hidup bro kalau sekelip mata semua harga naik. Aku juga tidak tahu apa ini ada kaitan dengan Rafizi atau tidak. Apa yang nyata semua produk berkaitan lembu di negara ini saban hari naik harga. Bila dah naik, tak pula akan turun.

Sebab Ketiga

Akibat kekurangan sumber dari lembu, maka kini produk keluaran Ramli atau yang seangkatan dengannya, seperti burger dan sebagainya, sentiasa tiada dalam pasaran. Putus bekalan. Bila ditanya, promoter dan kedai runcit kata, tiada bekalan. Apa ini mungkin ada kaitan dengan bekalan daging dari NFC atau tidak aku tidak tahu. Namun hasil tinjauan yang dibuat juga membayangkan bahawa segalanya berpunca dari pusat lembu seMalaysia tersebut iaitu NFC. Parah ni.

Sebab Keempat

Ini pula langsung tiada kaitan dengan mana-mana lembu yang tinggal di kondo atau dalam kain Shahrizat. Aku tidak pula peduli. Tapi aku ingin tegaskan di sini ialah semua jenis barangan dalam tin termasuk sardin cap ayam, cap katak puru, cap buaya dan apa sekalipun capnya mahupun jenisnya asalkan dia bertin semuanya meningkat dengan ketara sekali. Bayangkan sardin cap ayam setahun yang lalu dalam tin yang besar atau yang kecil harganya lebih 20% meningkat naik, contohnya dulu sardin cap ayam tin besar cuma berharga sekitar RM5 tapi kini zaman harga sedemikian jangan haraplah ada, semuanya bermula dengan harga Rm 6.70 hingga mencecah Rm7.20. Mahal oii...

Jadi, akibat dari peningkatan bahan keperluan ini dengan ketara, maka sudah tentu menimbulkan berbagai spekulasi yang kurang enak dan tidak selesa. Kerajaan UMNO gagal sama sekali dalam memberi kebajikan kepada rakyat, sebaliknya hanya tahu memeras ugut rakyat sahaja kerjanya. Nak pergi perhimpunan kebangkitan rakyat nanti hilang pula pekerjaan dan elaun jika bekerja dengan kerajaan. Ini sajalah yang UMNO tahu buat. Bagi Rm500 ingat boleh makan setahun ke? harga barang saban hari naik.

Berkenaan dengan Rafizi tu aku cuma nakkan promosi namanya sahaja. Tiada langsung kaitannya dalam soal kenaikan harga ni. Itu saja. Sorri ye der...!!!

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code