Sabtu, 19 Januari 2013

PELIK: MAKIN BANYAK ISU KEJAHATAN UMNO DIDEDAHKAN, SEMAKIN KUAT PULA SOKONGAN RAKYAT PADA UMNO....KATA PROF. MAT KANGKANG

PELIK, HAIRAN DAN ANEH...namun inilah perkara yang berlaku, nak tergelak pun rasa macam susah, nak menangis langsung tak berair mata. Namun media arus perdana dan profesor 'kangkang' membuat kajian demi kajian tetap mengatakan UMNO masih menjadi pilihan. Soal kebangkitan rakyat, soal penyelewengan dan salah guna kuasa yang didedahkan masih jauh dari mampu merobek benteng keampuhan UMNO. Itulah kesimpulan yang dibuat oleh para bijak pandai dalam UMNO.

Apakah ilmu yang dipakai UMNO hingga demikian buruk sekalipun masih mendapat sokongan rakyat. Nampaknya masih ramai lagi yang mampu dibutakan UMNO dengan sumpahan keramat BR1M. Ramai yang tergoda dengan suapan Najib. Dengan kenaikan harga barang yang semakin melambung, masih tidak dapat menenggelamkan 'budi' RM500 Najib. AES yang telah digazetkan sebagai satu mekanisme kerajaan untuk mencari 'wang' masih lagi diterima pakai.

Pemberian IC percuma kepada warga asing masih dianggap satu perbuatan yang mulia di sisi rakyat? Pelik dan memang aneh sekali rakyat di Malaysia ini. Para ilmuan yang bernaung di bawah jelujur UMNO sesekali menafikan keadaan ini malah kajian yang mereka jalankan sering kali memberi indek yang menunjukkan kekuatan UMNO. Apakah ini satu kebenaran atau satu strategi "tarik, pulas dan putar"?

Semakin banyak kesalahan UMNO yang didedahkan, maka semakin banyak pula penyangga dan halangan yang UMNO mampu berikan untuk mempertahankan kesalahan tersebut. Terbaru, Rosmah dengan berani bersumpah atas nama Allah. Bahawa dia tidak memiliki cincin RM 24 juta tersebut. Walaupun perbuatan itu adalah seperti budak-budak tadika saja. Nama Allah digunakan bukan untuk menunjukkan kebenaran tapi untuk melindungi diri dari kebenaran. Konon bila sebut saja nama Allah, maka semua orang wajib percaya bahawa kenyataannya itu adalah satu kebenaran mutlak, bukan pombohongan.

Mentaliti orang Islam dan keimanan orang Islam mengikut pandangan Hasan Akidah cukup setakat berlindung di sebalik penggunaan nama Allah saja biarpun hidup masih berselubung kejahilan. tengoklah video di bawah: Bersumpah bukan sebab kebenaran tapi lebih menunjukkan kejahilan. Tidak bertudung, tak malukah? Bersumpah untuk mendapatkan kemenangan suami tercinta dalasm pilihan raya. Jika tidak bersumpah, akan kalah? Tapi sumpahan itu diiringi dengan tepuk-sorak para sheikhul kulup kaki jilat. mereka. Seoalah percaya dengan sepenuh hati bahawa Rosmah tidak berbohong.



Pelik dan ajaib sungguh ilmu pukau UMNO ini. Para Mat Kangkang seperti Agus Yusoff, Shamsul Amri, dan ramai lagi gengnya sentiasa terkangkang untuk dirogol UMNO. Mereka sama sekali tidak berani mengakui kekalahan UMNO kerana takut ditimpa nasib malang seperti Ketua Ekonomi Bank Islam yang digantung dan bakal dipecat gara-gara meramalkan kekalahan UMNO. Ada beranikah mereka menyatakan yang HAK? Berkata benarlah biarpun pahit.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code