Isnin, 21 Januari 2013

LIM GUAN ENG DAN KARPAL SINGH MESTI BERI PENDIRIAN DALAM SOAL INI....

KENAPA pula mesti membisu sedangkan terus-terusan UMNO menuduh DAP terlibat dalam isu penyebaran bible versi Melayu serta penggunaan kalimah Allah.

Jika tiada pendirian yang jelas dari DAP, maka sudah jelas bahawa aspirasi dalam penyatuan PAKATAN akan terburai sebelum sempat menjejak kaki ke Putrajaya. UMNO adalah parti yang sanggup lakukan apa saja dan kita semua sedia maklum perkara tersebut. Namun apakah pula permainan yang dibawa UMNO kini menjadi satu realiti?

Desakan Karpal dalam soal ini juga masih kedengaran, akibat leteran yang tak henti oleh Karpal telah menghumban PAKATAN ke lembah yang sedikit haru-biru. Kenapa demikian pula jadinya?

Lupakah Karpal soal 'kontrak sosial' dulu? Atau benarkah Karpal dan DAP seluruhnya ada agenda yang mengabui mata. Pekakkah Karpal dengan pendirian para sultan? Padahal semua orang tahu yang UMNO sembunyi diri dan senyap sunyi bila diajukan isu kalimah Allah ini?

Namun dari sudut lain, pendirian DAP juga ada benarnya kerana mereka membawa aspirasi kaum mereka. Jika tidak tiada bezanya aspirasi DAP dan MCA. Jadi, alang-alang mereka juga berhak membawa sedikit aspirasi kehendak para pengundi mereka, walaupun sudah tahu bahawa ini adalah satu perkara yang sangat TIDAK DIBENARKAN OLEH UMAT ISLAM DI MALAYSIA. Bukan nak bela DAP tapi sekadar cuba berada di tempat mereka. Itu saja. Bahkan sama sekali bukan mengatakan yang MCA itu lebih telus dari DAP.

Namun kompromi dalam isu sensitif seperti ini harus mendapat perhatian dengan fikiran yang jelas dari kepimpinan DAP. Apakah kerja pengedaran Bible versi bahasa Melayu ini angkara DAP atau sebaliknya???

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code