Sabtu, 12 Januari 2013

KEHADIRAN DEEPAK MENGGETARKAN NAJIB DAN SEKUTUNYA...

NONE
JIKA semalam admin mendedahkan betapa Deepak amat memerlukan skim perlindungan yang hebat dari pembangkang. Tapi andainya pembangkang juga tidak mampu berbuat demikian maka eloklah sekiranya Deepak memohon pula perlindungan daripada Obama. Sudah jelas pada kali ini Deepak bertekad untuk melakar sejarah andai Pakatan Rakyat benar-benar berjaya menumbangkan BN.

Tanpa disangkal lagi, secara automatik Deepak bakal ditabalkan sebagai salah seorang pejuang Kemerdekaan Alaf Baru (KAB). Pendedahan yang bakal dibuat Deepak adalah merupakan satu pendedahan yang berani dan benar. Tinggal lagi hanya orang yang pekak dan bengap saja masih mengagungkan penerajuan UMNO-BN. Demi menjaga habuan dan periuk nasi sendiri.

Bagi yang sudah tahu, amat jelas sekali gelora kebangkitan rakyat sekali ini tidak mampu lagi dibendung oleh BR1M Naajib dan tayar 4 biji. Najib kian goyah. Patutlah kalau nak kena stroke pun. Apapun yang berlaku HKR sekali ini adalah ibu kepada segala himpunan sebelum ini menjelang pilihan raya ke 13 nanti.

Deepak yang mempunyai kaitan langsung dengan pucuk pimpinan utama UMNO sebelum ini mula beralih arah dan sanggup berdepan dengan sebarang musibah kehidupan kerana berani mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam kalangan orang berjenama dalam UMNO sebelum ini. Apa yang pasti keberanian itu juga mungkin didorong oleh satu perasaan tanggungjawab atau sesuatu yang diharapkan dari orang yang terlibat tidak dapat dipenuhi. Namun apapun alasannya kebenaran mengenai fakta dan kaitan dengan pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia adalah satu intipatia yang bukan sebarang orang boleh merekacipta dengan begitu baik jalan ceritanya, sekiranya tidak sendiri terlibat atau mengalami sendiri peristiwa itu mengikut kronologi yang tepat dan logik pula. Pengalaman yang berharga itu beliau sanggup kongsikan bersama menunjukkan dengan jelas betapa beliau sendiri terlibat dalam perkara ini.

Jika tidak benar, mana hilangnya 'power' UMNO untuk mendakwa Deepak yang terang-terrangan menghina dan menuduh Najib? Padahal sebelum ini isu 'menuduh Najib kena STROKE' pun sudah riuh-rendah polis siasat milik siapakah kata-kata itu. Apa pula ini melibatkan kes pembunuhan manusia?

UMNO begitu lantang menyuarakan tentangan dan ugutan terhadap rakyat jika rakyat menentang kerajaan. Jika tuduh Najib kena stroke nak dakwa di mahkamah, tapi bila tuduh Najib bunuh Altantuya tiada apa-apa. Takkah ini menimbulkan rasa aneh dan pelik???

Apakah Deepak juga adalah satu proksi dari Najib untuk melihat sejauh mana kekuatan PR? Atau kehadiran Deepak dan kisah pendedahannya hanyalah sekadar meningkatkan lagi sokongan UMNO terhadap Najib? Tidak tahulah pula andai kehadiran dan pendedahan Deepak hanya sekadar untuk menjatuhkan Najib dan menaikkan Muhyiddin Yassin sebagai PM. Namun itu juga adalah mustahil. Mana mungkin orang yang mendakwa Najib pembunuh akan lebih meningkatkan lagi imej Najib di mata rakyat yang celik. Jika demikian maka peliklah keadaan ini.

Apa yang pasti kehadiran Deepak menyertai program HKR memberi sejuta makna kepada program ini. Apa yang diharapkan adalah keikhlasan Deepak untuk mendedahkan apa yang berbuku di hati adalah demi rakyat, bukan demi kepentingan peribadinya. Jika ini terlaksana maka Deepak juga adalah seorang pejuang KAB yang perlu dihormati.

Begitupun, tidak dapat digambarkan bahawa bukan hanya Deepak yang berhak mendapat status pejuang KAB, sebaliknya lautan manusia yang sanggup bergolok dan bergadai, turun ke jalanan demi menuntut apa yang tidak diberikan kerajaan UMNO-BN adalah merupakan perwira-perwira yang tiada tolok bandingnya. Saya percaya, bahawa kakitangan kerajaan yang dilarang keras untuk menyertai HKR pada hari ini amat ramai yang turut serta. Mereka amat berani, menentang arahan dari pucuk pimpinan sedia ada. Sebab apa? Sebab pucuk pimpinan yang ada sekarang hanyalah boneka yang diperkudakan semahunya oleh kerajaan yang zalim.

Deepak mesti berani, seberani penganjur perhimpunan, seberani para rakyat yang hadir dan turun berarak. BERANI KERANA BENAR...menentang musuh yang sudah lama membelasah hasil mahsul negara demi keluarga dan peribadi. Rakyat diberi gula2 hacks....manakala pemimpin mendapat Fererro Rocher.

Deepak mesti sanggup berkorban diri dan segalanya, berkatalah benar biarpun pahit...jangan takut. Hanya kamu saksi yang masih tinggal untuk membersihkan UMNO sebersihnya. UMNO sudah kotor dan beracun. Dengan penampilan Deepak, UMNO juga mampu bersih. Mampu menghalau virus-virus jahat yang membelenggu UMNO. Jadi Deepak kamu mesti berani berbuat demikian.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code