BERMULA dengan berbagai isu agama dan sentimen yang dimainkan UMNO sejak akhir-akhir ini. Berbagai isu sensitif ini boleh ditakrifkan sebagai satu perancangan yang tersusun bagi menjatuhkan pihak lawan dan secara langsung dapat mengekalkan kuasa.
- Isu hudud yang dibangkitkan Mahathir dan mencabar Kelantan melaksanakan Hudud kerana sekarang sudah tiada kaitan dengannya.
- Isu Abdullah Saamah menuduh kafir Harbi terhadap DAP. Kafir yang halal untuk diperangi.
- Isu akidah dengan menuduh Nurul Izzah pertikai sekatan beragama dan perlu bertaubat.
- Isu Amanat Haji Hadi.
- Isu Kalimah Allah yang pada mulanya dibangkitkan oleh Lim Guan Eng sebagai tindakan susulan terhadap tuduhan ulama UMNO - Abdullah Saamah yang menghukum kafir harbi terhadap DAP, kemudian disensasikan oleh media UMNO.
Ini adalah serangan yang sangat berstrategi untuk menjatuhkan musuh politik. 5 isu ini yang sempat admin kesan dan susun...bermula akhirtahun lepas sehingga sekarang. Isi ini hanya melibatkan unsur keagamaan dan sentimen kaum yang dimainkan agar PAS, DAP, dan PKR tidak bersatu.
Mungkin dicelah-celah isu besar ini masih terdapat isu lain yang admin tertinggal. Mohon diberi tambahan kiranya ada yang tertinggal dan terkesan oleh saudara pembaca.
0 comments:
Catat Ulasan