Rabu, 30 Januari 2013

HASAN ALI BERTUKAR ANTARA AQIDAH DAN AQIQAH...

HASAN ALI yang namanya gah dengan aliran pemikiran Islam ekstremis, perjuangkan AQIDAH setelah dipecat dari PAS, bergiat aktif mendewakan konsep aqidah Islam dengan pemikiran yang jumud. Terbaru, Hasan Ali telah menyelar pemecatan Nasharuddin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura sekali gus tidak tersenarai sebagai calon YB parti PAS.

Kesempatan ini telah digumba dengan hebat oleh UMNO dan sekutunya. Mengutuk keputusan PAS tersebut, paling hebat ialah Hasan Ali, pada pandangan beliau peristiwa yang menimpa Nasha adalah yang seumpama dengannya. Krisis Hasan Ali dulu ialah menentang pembabptisan Melayu di gereja, kemudian membuat kenyataan akhbar milik kerajaan. Menghentam kerajaan pimpinan PAKATAN. Berpesta di podium UMNO dan melawan pemikiran politik parti PAS seluruhnya. Pundek kata Hasan Ali juga adalah spesis yang menentang pembaharuan dan penggabungan PAS dengan DAP. Akhirnya beliau juga dipecat.

Setelah dipecat, beliau menubuhkan NGO JATI=Jalur Tiga, kian galak menghentam PAS dan sekutunya dengan tajaan UMNO. Menuduh PAS tidak Islamik dan mencari kekuasaan politik semata-mata. Perkecilkan semangat PAS yang ingin melaksanakan hudud, pada masa sama bersekongkol dengan DAP. Lantang menentang kepimpinan DAP seperti Karpal Singh dan barisannya. Akhirnya mengharapkan PAS bergelumang sendiri dengan politiknya yang hujung pangkalnya sudah tentu menjadi pembangkang seumur hidup. Inilah idea basi serta politik Hasan Ali. Beliau tidak mahu bergabung dengan sesiapa kecuali UMNO sahaja.

Sikap lupa kepada konsep negara yang berbilang bangsa, Hasan dengan gah hanya mengakui Melayu sebagai manusia yang Islam dan perlu perbetulkan aqidahnya sahaja. Padahal pada masa yang sama, Hasan lupa yang UMNO juga mempunyai komponen yang bukan Melayu. MCA, MIC dan sebagainya. Idea penggabungan Hasan adalah bersikap bersama dengan Nasharuddin. Mengharapkan PAS bergabung dengan UMNO. Tanpa sedar ke mana PAS selepas itu? Apakah akan dinobatkan sebagai peneraju dan Perdana Menterinya adalah kalangan PAS? Apakah PAS sebagai alat perkukuhkan kerajaan korupsi UMNO? Inilah persoalan yang gagal diberi jawapan oleh kedua YB ini.

Apa yang mereka perjuangkan? Sinonimnya its nothing. Apa yang terpahat dalam pemikiran sebegini. Adakah Hasan Ali bertukar antara "AQIDAH DENGAN AQIQAH".

Logiknya umat Islam yang rata-rata adalah Islam di negara ini murtad bukanlah berdasarkan seratus peratus akibat mubaligh Kristian. Tapi kelonggarah aqidah itu sebenarnya wujud dalam sistem pendidikan di negara ini lagi. Jika ditelusuri lebih jauh mereka bermula dari institusi keluarga lagi. Apakah Hasan masih teringatkan kari kambing waktu Aqiqah lantas cuba membentuk aqidah umat Islam di Malaysia. Sedangkan yang meneraju sistem pendidikan di Malaysia adalah UMNO? Contoh yang terbaik ialah mengapa di peringkat tinggi agama Islam tidak begitu penting, bahkan orang Islam tidak diwajibkan mengambil mata pelajaran Islam? Ini yang harus Hasan Ali dan Nasha sedar kekurangan ini.

Pendapat yang menjurus ke arah model islamisasi yang lama seperti perjuangkan hudud semata-mata, menentang agama lain sebagai satu musuh yang terlalu mengancam umat Islam di negara ini adalah sesuatu yang ketinggalan zaman. Sebaliknya PAS dan sekutunya sekarang lebih mementingkan isu-isu yang lebih bersifat nasional di samping sama sekali tidak mengenepikan agama sebagai teras. Paling penting ialah harus berjuang dengan kesesuaian masa, masyarakat dan teknologi. Hasan hanya ingat setiap perubahan itu tidak boleh berlaku, asasnya takut umat Islam tercabut aqidahnya. Padahal aqidah itu adalah bermaksud 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.

Aqidah Islamiyah adalah Iman kepada Allah SWT, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Kiamat, Qada dan Qadar (baik buruknya) dari Allah SWT. Makna Iman adalah pembenaran secara pasti (tashdiq al-jazim) sesuai dengan kenyataan berdasarkan dalil. Ini yang seharusnya ada pada orang Islam. Bahkan benarkah orang Melayu yang didakwa Islam itu beramal seperti kehendak-kehendak aqidah ini? Ini persoalannya. Bukan sebab terpengaruh dari anasir dan ajaran lain maka seseorang yang beriman kepada Allah akan senang menerimanya. Melainkan mereka benar-benar beriktikad kepada agama lain.

Manakala jika AQIQAH pula ialah jamuan dan makan-makan. Apa ini yang Hasan cuba tegakkan. Jika tidak berpolitik maka rakyat di Malaysia ini tidak makan? Jika tidak beranak-pinak maka upacara makan-makan di dalam aqiqah tidak wujud? Takrifan aqiqah jika dipendekkan adalah seperti ini. Aqiqah adalah ibadat yang dilakukan bagi anak yang baru lahir. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga anak itu baligh. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Seorang anak lelaki sedang diikrarkan untuk aqiqah, ia dilakukan pada hari ketujuh, rambutnya dicukur dan dia diberi nama.” Ibadat ini adalah sunat.

Agaknya inilah yang dipertahankan oleh Hasan Ali, bukan Aqidah tapi Aqiqah yang sunat.

Begitu juga dengan Nasharuddin, bila rasa tersisih sikit dan digugurkan dalam parti, maka sikap rajuk tersebut seolah terbawa-bawa hingga terpaksa mencari Najib untuk mendapat pembelaan. Apakah ini sikap seorang politikus Islamik? Bila berjumpa dan berdendang lagu bersama Najib, apa yang Nasha boleh buat. Adakah Najib akan beri kerusi kepadanya untuk bertanding? Apakah Najib akan laksanakan hudud sebagaimana yang Nasha idamkan? Atau apakah Nasha mampu merubah sokongan rakyat terhadap PAS terutama di kawasannya? Atau lebih besar memberi kesan kepada seluruh sokongan peringkat nasional? Jawapannya ialah TIDAK. Nasha tidak mempunya akses yang sedemikian hingga dapat mentsunamikan politik pembangkang. Sama sekali Nasha tidak berkeupayaan berbuat demikian. Jika sekadar mengubat hati yang luka ada benarnya.

Kesimpulannya, hentaman dan kutukan kepada PAS seluruhnya berkaitan isu Nasha yang digempur pula oleh bekas ahli PAS yang perjuangkan aqiqah, sedikit pun tidak akan meninggalkan bekas terhadap sokongan terhadap parti PAS. Sekian.

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code