Sabtu, 26 Januari 2013

HANYA MELAYU YANG KURANG CERDIK SOKONG UMNO...KATA IMAM BESAR UMNO


PEPATAH ini ada benarnya, namun ada juga salahnya. Sebabnya yang benar telah terserlah dek pendedahan gambar di atas. Namun yang tidak benarnya ialah ramai Melayu yang cuba ambil kesempatan untuk meraih kepentingan diri. Ini yang lebih utama. Mereka sokong UMNO bukan kerana setuju dengan penipuan UMNO, tapi ramai yang menangguk di air keruh.

Golongan yang serupa di atas itu kebanyakannya ialah kakitangan awam (terutamanya di negeri-negeri tadbiran pembangkang). Antara sebabnya ialah untuk kemudahan naik pangkat dengan hanya berpolitik yang memihak UMNO. Mereka ini dengan mudah akan disogok dengan pangkat, meskipun mereka terpaksa melanggar senioriti dan protokol orang yang berkkhidmat lebih lama dari mereka. Spesis seperti ini tidak hirau, asal saja dapat peluang maka mereka akan terhegeh-hegeh menyambutnya, walau kebanyakannya ramai yang tidak senang dengan cara ini. Hakikatnya mereka pangkah UMNO dan menjadi ahli tegar UMNO untuk pangkat dan gaji. Mampuihh...

Kehadiran Najib ke Kelantan baru-baru ini telah mengundang kehadiran puluhan ribu kononnya mendakwa adalah penyokong setia UMNO, undangan dan jemputan itu kebanyakannya adalah dari spesis kakitangan awam. Jika tak datang berbagai musibah surat tunjuk sebab akan diberikan. Itu satu hal.

Satu sisi yang lain ialah Najib pandai pula menabur janji padahal kewangan dan ekonomi yang tinggal dan ada sekarang tidak mungkin memampukan kerajaan Najib melaksanakan berbagai projek dan janji yang ditaburkan.

Orang Kelantan yang sokong UMNO terdiri dari orang yang tiada fikiran yang waras sebenarnya. Sebelum ini Najib mengutuk negeri Kelantan sekali gus termasuk rakyatnya juga, Najib mengatakan bahawa Kelantan negeri miskin. Hanya 2 orang saja rakyat Kelantan yang cerdik iaitu Mustapa Mohamed dan Awang Adek, orang lain semuanya bangang. Akhirnya Najib berpesan agar rakyat Kelantan ikut jejak langkah 2 orang tersebut supaya berjaya ke peringkat antarabangsa. Paling senang katanya ikut mereka masuk UMNO. Kemudian diikuti dengan tepuk sorak Melayu bangang yang ada kat situ.

Peliknya dulu bila nak buat lebuh raya. Mustapa Mohamed dan Awang Adek hanya bagi kereta tolak buruk, cangkul patah hulu dan siko berkarat. Bertujuan ingin memperli kerajaan negeri. Cerdik ker 2 Melayu demikian?

Kisah yang tersebar sekarang ialah berkaitan penutupan bilik gerakan UMNO di Pasir Gudang. Peristiwa seperti ini sudah jelas membuktikan yang UMNO hanya pandai berjanji saja. Malangnya Melayu spesis penjilat hanya tahu hangguk-hangguk dan geleng-geleng macam kera duku. Waw, UMNO hebat!



Bila nak tunjuk taring, maka keluarlah mereka, konon marahkan DAP dan Guan Eng yang tadbir negeri dengan P.Pinang dengan telus. Melayu bangang akan kata mampuslah kita bila DAP perintah negara...bodohnya pikiran seperti ini. Apa yang mereka buat?



Inilah kerja mereka. Melayu UMNO sebenarnya telah lama jadi kayu, batu dan paling elok pun jadi lembu....KAYU, BATU, LEMBU....ELOK LA TU...

PAKDOE ALLAN

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code